“Saya Pun Naik Darah” – Al-Sultan Abdullah Bersikap Tegas Berhubung Kes Pencerobohan Tanah Di Pahang

Berita

“Saya Pun Naik Darah” – Al-Sultan Abdullah Bersikap Tegas Berhubung Kes Pencerobohan Tanah Di Pahang

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ketegasan baginda terhadap isu pencerobohan tanah di negeri ini, sambil menegaskan bahawa tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang terlibat dalam pencerobohan tersebut.

Baginda turut menyeru agar rakyat memainkan peranan sebagai ‘mata dan telinga’ dalam membantu mengesan dan melaporkan sebarang aktiviti pencerobohan tanah yang berlaku.

Advertisement

Jangan biarkan orang menceroboh tanah negeri Pahang ini. Saya pun naik darah juga melihat banyak kes pencerobohan tanah.

Sudah sampai masanya kita bertegas dengan mereka (penceroboh).Jagalah negeri dan bumi Pahang ini sebaik mungkin.

Titah berkenaan disampaikan semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut semalam, dan dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang.

Meskipun menekankan keperluan untuk bertindak tegas, Al-Sultan Abdullah turut menitahkan agar segala isu berkaitan diselesaikan secara berhemah dan harmoni, dengan mengambil kira pelbagai kekurangan dan cabaran sedia ada.

Terdahulu, tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa terhadap kebun durian di Raub mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat, selepas pekebun mendakwa ketidakpuasan hati berikutan tanaman mereka dimusnahkan.

Kerajaan Pahang bagaimanapun menafikan sebarang pelanggaran terhadap perintah mahkamah susulan penebangan kira-kira 200 pokok durian Musang King dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan di Sungai Klau, Raub pada 8 April lalu.

Operasi tersebut yang melibatkan kerjasama antara polis dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) dilaksanakan di kawasan penanaman yang dikenal pasti diteroka tanpa kebenaran, dan dijangka berlangsung sehingga 3 Mei ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 day ago

Kenapa Rumah Mampu Milik Kuota Bumiputera Berharga RM300,000 Ke Atas Sukar Dijual?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...