Isteri kepada pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi memaklumkan dia juga sudah bersedia dengan segala apa keputusan melibatkan rumah tangga mereka sebelum ini.
Ditemui media, Afreena berharap kemelut yang melanda dapat diselesaikan dengan baik.
Alhamdullilah saya berada dalam keadaan baik-baik sahaja malah saya sendiri sudah tidak sabar untuk selesaikan semuanya.
Perkara ini sudah lama sangat tertangguh jadi apa yang boleh saya katakan, saya sudah sangat bersedia untuk selesaikannya.
Dia dalam pada itu berharap tiada sebarang provokasi akan berlaku sebaik kes selesai yang dijadualkan berlangsung pada hari ini.
Selepas semuanya selesai kelak, saya harap tolong jangan ada sebarang provokasi memburukkan dan mengaibkan masing-masing.
Difahamkan, sebutan kes lafaz taklik dijadualkan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor, hari ini.
Terdahulu, Along telah memfailkan lafaz taklik terhadap Afreena.
Kedua-duanya bernikah pada 4 April 2024 dan merupakan perkahwinan kali kedua buat Along dan Afreena.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.