“Saya Pun Ada Parut Di Badan Tak Boleh Buang, Ada Bukti” – Kamal Adli Dakwa Uqasha ‘Recycle’ Gambar Lama

Hiburan

“Saya Pun Ada Parut Di Badan Tak Boleh Buang, Ada Bukti” – Kamal Adli Dakwa Uqasha ‘Recycle’ Gambar Lama

Pelakon Kamal Adli tampil memberikan penjelasan susulan pendedahan isterinya, Uqasha Senrose, yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang empat tahun perkahwinan mereka.

Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, mendakwa foto yang ditunjukkan Uqasha sebagai bukti kecederaan akibat dikasari merupakan gambar lama yang digunakan semula.

Advertisement

Itu gambar dia tunjuk beberapa tahun lepas. Dia ulang benda sama. Foto itulah juga yang dia tunjuk kepada mak dan bapa saya.

Beliau berkata demikian selepas prosiding perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Kamal, sekiranya dakwaan tersebut benar, Uqasha sepatutnya membawa bukti berkenaan kepada pihak berautoriti untuk pengesahan.

Dipuk*l, Ditarik Rambut Ketika Hamil Uqaira, Uqasha Buat Pendedahan, Tunjuk Bukti – “Saya Diam Sebab Jaga Aib”

 

Dalam pada itu, Kamal turut memberi bayangan bahawa dirinya juga melalui situasi yang tidak menyenangkan dan mendakwa memiliki bukti sendiri.

Saya pun ada gambar-gambar bukti (dikasari) semua itu. Ada kesan kekal (parut) di badan yang saya tak boleh buang.

Saya juga tak takut dengan laporan polis sebab saya memang tidak pukul. Saya pun dah agak dah benda ini.

Terdahulu, Uqasha mendedahkan bahawa dirinya berdepan keganasan rumah tangga sepanjang empat tahun bergelar isteri kepada Kamal.

Dalam kenyataannya selepas prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini, Uqasha mendakwa dikasari termasuk ketika sedang sarat hamil tujuh bulan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-12-18 12:49:48

Dipuk*l, Ditarik Rambut Ketika Hamil Uqaira, Uqasha Buat Pendedahan, Tunjuk Bukti - "Saya Diam Sebab Jaga Aib"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hib Glam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...