“Saya Pun Ada Kerja, Mana Ada ‘Menumpang'” – Ubai Jawab Cercaan Netizen Mengenai Dakwaan Tumpang ‘Glamor’ Shila Amzah

Hiburan

“Saya Pun Ada Kerja, Mana Ada ‘Menumpang'” – Ubai Jawab Cercaan Netizen Mengenai Dakwaan Tumpang ‘Glamor’ Shila Amzah

Pensohor media sosial, Ubai Mz memaklumkan dia sudah bersedia mental dan fizikal bagi menghadapi kata-kata dan dakwaan yang timbul setelah bergelar suami kepada penyanyi, Shila Amzah awal  bulan ini.

Kata Ubai, dia tidak boleh menutup mulut setiap orang dan mereka berhak memperkatakan apa yang mereka mahu.

Advertisement

Ujarnya, dia mengahwini Nurshahila dan bukan ‘Shila Amzah’ dan ia berbeza sama sekali.

Dari segi orang cakap kewangan ke apa, yang itu (pendapatan) memang saya pun ada kerja saya. Sha (Shila) dengan kerja dia. Kami dua-dua kerja.

Bukannya, saya menumpang dia ke apa, tak ada pun. Saya tak ada nak tumpang ke apa, kami memang sama-sama kerja. Untuk persiapan perkahwinan ni pun, kami bekerjasama buat semuanya.

Ubai juga sedar banyak persepsi yang akan timbul setelah berpasangan dengan seorang selebriti apatah lagi bila dia tidak dikenali dan popular.

Benda-benda itu saya tak endahkan, sebabnya dalam perhubungan ini, saya dan Sha. Kami pun memang tiada apa-apa masalah.

Sekadar info, pasangan ini bakal melangsungkan majlis akad nikah pada 5 Ogos bertempat di Ampang setelah mengikat tali pertunangan sejak 27 Mei lalu.

Ubai baru-baru ini telah kehilangan ibu tercinta, Allahyarhamah Rohani Jamal pada petang Ahad lalu akibat penyakit kanser ovari.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shila amzah
9 months ago

Bakal Nikah Minggu Depan, Shila Amzah Terkesan Pemergian Ibu Ubai - "Semua Dah Siap Dah, Mak Takde Nanti..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Harian Metro

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...