“Saya Pukul Syaikhul..” – Terlampau ‘Stress’ Syamsul Yusof Curang, Puteri Sarah Akui Anak Tempat Lepas Geram

Hiburan

“Saya Pukul Syaikhul..” – Terlampau ‘Stress’ Syamsul Yusof Curang, Puteri Sarah Akui Anak Tempat Lepas Geram

Sedia maklum, kemelut rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah akibat daripada orang ketiga sememangnya mendapat perhatian orang ramai untuk jangka masa yang lama.

Baru-baru ini, setelah sekian lama tiada khabar berita berkaitan hal ini, Sarah kembali bercerita mengenai keadaan dirinya semasa berhadapan dengan masalah tersebut seorang diri dalam satu saluran YouTube ini.

Advertisement

Menurutnya, apabila dia tertekan, anak lelakinya, Syaikul yang ketika itu berumur dua tahun menjadi tempat Sarah melepaskan geram. Biarpun anak tidak mengingati apa yang terjadi tapi, dia sebagai seorang ibu, akan ingat perkara yang dilakukan sampai bila-bila.

Bukan itu saja, malah jika ada sesuatu perkara yang triggered pelakon terbabit, dia akan menjerit pada anak lelakinya biarpun bukan salah anak kecil itu.

Saya tak happy dengan badan saya tapi saya tak boleh nak buat apa sebab self confidence saya sangat rendah. Saya jadi macam tikus, takut nak face the world.

Tambahannya lagi, berat badannya semasa melalui kemelut rumah tangga itu turun hingga cecah 47kg dan berkata ketika itu, bentuk tubuh badannya sangat ‘kering’ hingga membuatkan ibu serta mertuanya risau.

Dalam pada itu, pelakon itu memberitahu hal yang paling membuatkan dirinya sedih apabila hanya dapat menyusukan anak perempuan, Summayah selama enam bulan saja kerana susu tidak dapat keluar akibat terlalu tertekan.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

Puteri Sarah dibandingkan dengan Mizz Nina
2 years ago

'Kau Kecoh! Reti Buka Aib Suami Je" - Puteri Sarah Dibandingkan Dengan Mizz Nina Pula?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...