“Saya Pilih Untuk Stop Pursuing Anything Beyond Friendship Dengan Ryan” -Tular Tuduhan ‘Sondol’ Kekasih Leona, Cupcake Aisyah Tak Diam Diri

Kehidupan

“Saya Pilih Untuk Stop Pursuing Anything Beyond Friendship Dengan Ryan” -Tular Tuduhan ‘Sondol’ Kekasih Leona, Cupcake Aisyah Tak Diam Diri

Sedia maklum, isu di antara anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona dan bekas rakan baiknya iaitu pelakon baru, Cupcake Aisyah baru-baru ini menjadi bualan hangat di media sosial.

Nafi bercinta dengan bekas teman lelaki Leona

Barangkali terlalu banyak tuduhan yang diterima, Aisyah membuat statement di platform X dengan berkata dirinya sama sekali tidak mempunyai sebarang hubungan mesra dengan bekas teman lelaki Leona iaitu Ryan.

Advertisement

Katanya, mereka bertiga sekadar rakan baik yang saling menyokong dalam perniagaan, media sosial serta kehidupan satu sama lain.

Hormat hubungan Leona dan Ryan

Aisyah berkata selepas pasangan tersebut pilih untuk memutuskan hubungan yang sudah dijalin, mereka kedua-duanya datang kepada YouTuber itu untuk luahkan perasaan.

Disebabkan itu, Aisyah mahu jadi rakan yang baik buat kedua-duanya dan hormat hubungan mereka.

Pada Disember 2022, Leona sudah berbincang dengan Aisyah dengan memberitahu dirinya kurang selesa melihat rakan baiknya rapat dengan Ryan. Jadi sebagai rakan, Aisyah hormat keputusan Leona dan membuat keputusan untuk tidak mempunyai hubungan lebih daripada seorang rakan.

Video vlog jam ‘Rolex’

Menjawab mengenai Ryan hadir ke rumahnya pada lewat malam dalam video ‘unboxing’ jam Rolex yang baru dibeli, Aisyah menegaskan bahawa orang ramai salah faham apabila dia minta Ryan untuk memakaikan jam yang baru dibeli di tangannya.

Tidak semua yang anda lihat mempunyai maksud ‘lain’.

‘Move on’ dan henti mengecam

Akhir kata, pelakon baru itu meminta agar netizen berhenti memburukkan nama keluarga serta sebar kebencian dalam media sosial.

Bahkan, Aisyah turut memohon maaf jika hal yang dilakukan melampaui batas, sekaligus umum akan berehat untuk seketika waktu.

kasih iris leona
12 months ago

“Dapat Kawan Macam C*laka Curi Kekasih Kawan Sendiri” - Persahabatan Leona & Cupcake Aisyah ‘Musnah’ Sebab Lelaki?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...