“Saya Pilih Untuk Lupakan..” – Aniq Suhair Akui Tak Lagi Terpukul Dengan Kontroversi Lalu, Ingin Fokus Bina Karier

Hiburan

“Saya Pilih Untuk Lupakan..” – Aniq Suhair Akui Tak Lagi Terpukul Dengan Kontroversi Lalu, Ingin Fokus Bina Karier

Baru-baru ini pelakon sensasi, Aniq Suhair mendedahkan dirinya tidak lagi merasa terganggu dengan kontroversi yang pernah terkait dengan dirinya dahulu. Katanya, kini dia ingin mendiamkan diri dan dalam tempoh berehat.

Sudah move on

Menurut aktor muda ini, dia mengambil masa berehat selepas semua isu yang menimpa mengatakan dia telah menghamilkan seorang gadis lalu memintanya untuk mengugurkan kandungan.

Advertisement

Kata Aniq, dia tidak lagi mengambil tahu dan ingin melupakan tentang isu tersebut dan melanjutkan kehidupan seperti biasa.

Berkenaan kontroversi melanda itu saya sudah tak rasa apa-apa dah. Saya sudah tak terganggu dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

 

Saya akui hal itu memang mencemarkan nama baik saya tapi saya memilih untuk lupakan dan pandang ke depan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANIQ SUHAIR (@aniqshr)

Tak mahu keruhkan keadaan

Pada masa yang sama, pelakon ini menjelaskan dia enggan memburukkan keadaan dan terlihat mendiamkan diri semasa isu kontroversi itu sedang hangat menjadi bualan.

Malah, Aniq memilih untuk menyerahkan hal tersebut kepada peguam untuk proses tindakan undang-undang. Tambahnya, dia tidak ingin perkara tersebut dipanjangkan lagi dan hanya ingin fokus membina semula kariernya.

Saya dituduh pukul, belasan, dera dan sebaganya sedangkan semua itu tak benar sama sekali. Mana dekat dan rapat dengan saya pastinya tahu saya macam mana.

 

Bila kontroversi ini melanda saya memilih untuk diam sebab tak nak keruhkan keadaan.

 

Saya kalau boleh tak nak isu ini berbangkit semula dan berpanjangan. Saya nak bina karier yang lebih baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANIQ SUHAIR (@aniqshr)

Terdahulu, Aniq Suhair didakwa menghamilkan seorang gadis dan individu tersebut telah tampil di media sosial mendedahkan hal itu serta meminta aktor ini untuk bertanggungjawab ke atasnya setelah menyuruhnya mengugurkan kandungan.

Aniq Suhair
2 months ago

"Ada Yang Mula Panggil Saya Ustaz Iqbal" - Watak Ustaz 'Bersihkan' Nama Aniq Suhair?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...