“Saya Pesan Pada Isteri, Jika Ada Yang Nak Bagi Anugerah Lepas Saya Dah Tiada Jangan Terima” – Allahyarham S. Atan

Hiburan

“Saya Pesan Pada Isteri, Jika Ada Yang Nak Bagi Anugerah Lepas Saya Dah Tiada Jangan Terima” – Allahyarham S. Atan

Memetik temubual maestro muzik terkenal, Allahyarham S Atan bersama sebuah akhbar Oktober lalu, figura hebat itu ada memaklumkan satu permintaan kepada isterinya.

Memetik kata-kata Allahyarham S. Atan, beliau melarang keluarganya untuk menerima mana-mana anugerah yang dianugerahkan kepadanya setelah dia tiada nanti.

Advertisement

S atan belansungkawa

Bagi saya, kalau nak beri anugerah berilah ketika masih hidup. Saya pesan pada isteri, kalau ada mana-mana pihak beri anugerah ketika saya sudah tiada, jangan terima.

Sebaliknya, kenang saya dalam doa dan jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah buat saya.

Sebelum ini, Allahyarham Datuk S Atan atau nama sebenarnya Hashim Said telah dianugerahkan dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 yang berlansung baru-baru ini.

Hampir sebulan setelah menerima anugerah itu, industri hiburan tempatan dikejutkan dengan pemergian S. Atan.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di usia 75 tahun kerana sesak nafas di kediamannya di Kajang, Selangor.

Arwah yang menerima jolokan ‘Bapa Lagu Raya’ pada setiap tahun ini pastinya akan  sentiasa diingati kerana pernah berkhidmat dengan nama-nama besar seperti Tan Sri SM Salim, Datuk DJ Dave, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Sudirman Haji Arshad dan ramai lagi.

Allahyarham s atan

Berikutan terlalu banyak karya-karya lagu yang pernah dicipta Allahyarham S. Atan, beliau juga disifatkan sebagai ‘komposer 1,000 karya’ dalam kalangan pemain industri hiburan tempatan.

Al-Fatihah diucapkan buat Hashim Said, semoga rohnya dirahmati Allah S.W.T.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kiah propa kembali bergelar isteri kepada duda
1 month ago

"Dia Tak Putus Asa, Jodoh Kami Panjang.." - Kiah Propa Kembali Bergelar Isteri, Niat Nak Jaga Suami Sakit Kanser

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...