Berikutan kehadirannya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini bagi tujuan permohonan nusyuz terhadap isteri Puteri Sarah Liyana, Syamsul Yusof turut ditanyakan soalan cepumas oleh media.
Ketika disoal mengenai kebenaran isteri keduanya iaitu Ira Kazar yang dikatakan sedang hamil, ini jawapan pengarah filem Mat Kilau itu.
Itu fitnah, saya dapat tahu pun dari kenalan saya dan kalau mengandung pun, Alhamdulillah. Tapi saya nak jelaskan Ira tidak hamil dan kalau ada berita baik saya akan beritahu.
Pohon Syamsul kepada netizen agar mendoakan dia menjadi suami yang lebih baik dan adil buat kedua-dua isterinya.
Doakan sahaja yang baik-baik. Saya pun sentiasa berdoa supaya saya jadi seorang suami yang baik dan adil. Orang kata kahwin ni pun salah satu jalan taubat juga.
Tambahnya lagi, dia sedar Ira Kazar kini sedang menjadi sasaran kecaman netizen gara-gara hal ini namun sentiasa berpesan kepada isteri agar bersabar dan menganggap apa yang terjadi mempunyai hikmah yang tersendiri.
Semestinya sesiapa sahaja yang berada di tempat saya, dia atau Sarah sekali pun akan terkesan. Tapi saya sentiasa pesan pada Ira agar bersabar sebab ini ujian pasti ada hikmah. Jadi terus bersabar dan solat.
Terdahulu, Syamsul hadir ke mahkamah rendah syariah bagi memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah.
Permohonan itu dibuat selepas pengarah itu enggan menceraikan Puteri Sarah pada 7 Mac lalu sebelum mahkamah memerintahkan agar kedua-dua belah pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.