“Saya Pernah Tengok, Buat Resipi Ayam Dia..” – Kakcik Yah Teruja Bakal Berkolaborasi Bersama Khairul Aming

Kehidupan

“Saya Pernah Tengok, Buat Resipi Ayam Dia..” – Kakcik Yah Teruja Bakal Berkolaborasi Bersama Khairul Aming

Pencipta kandungan masakan popular, Kakcik Yah meluahkan rasa teruja dan berbesar hati apabila pempengaruh terkenal, Khairul Aming menyatakan hasrat untuk berkolaborasi bersamanya dalam menghasilkan video masakan sempena Ramadan tahun hadapan.

Menurut Kakcik Yah atau nama sebenarnya Nariah Ahmad, 74, beliau amat terharu apabila dimaklumkan mengenai minat Khairul Aming untuk bekerjasama dengannya.

Advertisement

Saya seronok bila dapat tahu yang dia pun teringin nak berkolaborasi dengan saya. Sebab saya pun tengok juga video masakan Khairul Aming di TikTok.

Dalam perkembangan sama, Kakcik Yah turut berkongsi bahawa beliau pernah mencuba beberapa resipi yang dikongsikan oleh Khairul Aming, khususnya yang berasaskan ayam.

Jelasnya, resipi-resipi tersebut bukan sahaja enak, malah disampaikan dengan cara yang mudah difahami serta senang untuk diikuti.

Saya pernah buat resepi Khairul Aming yang berasaskan ayam dan ianya menjadi. Sedap juga resepi tu sebenarnya.

Mengulas lanjut, beliau yang kini menetap di Pulau Pinang berharap agar kolaborasi tersebut dapat direalisasikan pada masa akan datang.

“Insya-Allah, Khairul Aming boleh datang ke rumah saya di Pulau Pinang ini,” tambahnya.

Sebagai makluman, Kakcik Yah mula aktif menghasilkan kandungan di platform TikTok sejak tahun 2022 dan mula meraih perhatian ramai terutamanya sepanjang Ramadan lalu menerusi video-video masakan yang sarat dengan elemen nostalgia dan nilai tradisional.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 days ago

Pasangan Warga Singapura-Amerika Menang Saman RM500K Selepas Unit Kondominium Mewah di Mont Kiara Didapati Tidak Boleh Didiami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...