“Saya Pernah Mesej Shakilla, Tapi Itu Pun Sebab….” – Didakwa Masuk Campur Urusan Anak, Ini Respon Isteri Fizi Ali

Hiburan

“Saya Pernah Mesej Shakilla, Tapi Itu Pun Sebab….” – Didakwa Masuk Campur Urusan Anak, Ini Respon Isteri Fizi Ali

Sebelum ini, namanya menjadi sebutan selepas Shakilla Khoriri mendakwa ada campur tangan dalam isu anak dengan Fizi Ali.

Siti Zulaikha ketika ditemui di mahkamah hari ini tenang menjawab dan berkata dia enggan masuk campur urusan suaminya itu dengan bekas isteri kerana ia peribadi serta tiada kena mengena dengannya.

Advertisement

isteri fizi ali

 

“Saya tak pernah masuk campur”

Zulaikha turut meminta Shakilla untuk tampil dengan bukti jika benar dia ada masuk campur dalam urusan hak penjagaan Ameena Sofea seperti yang didakwanya.

Rasanya tak ada isu tentang campur tangan orang ketiga sebab saya tidak pernah masuk campur urusan Fizi dan Shakilla. Kalau dia cakap saya orang ketiga, minta bukti. Kalau ada bukti sila keluarkan. Itu sahaja, kalau itu yang dia katakan, keluarkan saja bukti.

fizi ali

 

Pernah balas mesej tapi hanya sekali

Wanita berusia 31 tahun itu bagaimanapun akui pernah membalas mesej Shakilla namun hanya sekali sahaja kerana aktres tersebut mengaitkan namanya dalam hal mereka berdua.

shakilla khoriri

Zulaikha turut berkata dia dan Fizi mempunyai bukti untuk ditunjukkan bagi menafikan dakwaan Shakilla tentang campur tangannya.

Rasanya pernah sekali saya balas mesej, itu pun sebab dia mula petik nama saya. Kalau dia kata ada bukti, pihak kami pun ada bukti.

 

Ada sebab kenapa saya balas mesej dia (Shakilla). Tapi itu sekali saja saya balas mesej Shakilla sebab dia mula libatkan diri saya. Kalau dia tak sebut nama saya, saya tidak akan balas mesej tersebut.

shakilla khoriri
4 months ago

(VIDEO) "Apa Yang Dia Buat Pada Ameena, Saya Ada Bukti" - Shakilla Khoriri 'Block' Sebab Isteri Fizi Ali Masuk Campur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...