Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Pernah Ditawarkan Kemewahan Oleh VIP – Neelofa

Membaca Metro Ahad hari ini sangat menarik kerana muka depannya mengupas kisah-kisah artis Malaysia yang baru mula popular dan dihujani dengan pelbagai tawaran dan gangguan seksual daripada pihak tertentu. Antara banyak-banyak kisah yang dikongsi, Abang Nara paling tertarik dengan cerita daripada Neelofa.

neelofa

Advertisement

Di bawah ialah ulasan penuh daripada Neelofa di dalam Metro Ahad:-

Siapa yang mahu perkara sebegini (gangguan seksual) berlaku dalam industri seni negara. Namun, itulah hakikatnya dan ia berlaku sejak dulu lagi. Saya banyak melalui pengalaman dan diganggu secara peribadi oleh golongan VIP daripada seseorang bergelar Datuk sehinggalah Tan Sri.

Mereka ada pelbagai cara untuk mendekatkan diri dengan saya – ada yang tawarkan kemewahan dengan memberikan peluang perniagaan, ada juga yang mahu memberikan wang. Ada juga yang menghubungi semata-mata untuk mengajak saya keluar makan.

Bayangkan, mereka sanggup memberikan saya peluang perniagaan serta wang tetapi saya percaya mereka tidak ikhlas dan ada maksud tersirat di sebaliknya. Tidak perlu saya jelaskan siapa mereka, cuma yang boleh saya beritahu, mereka bukan orang biasa tetapi dalam golongan elit.

Begitupun, saya ada pendirian dan tak mahu terjebak dengan perkara negatif begini. Malaysia ini kecil, apa lagi Kuala Lumpur, lambat laun orang akan tahu apa yang kita lakukan, lebih-lebih jika bergelar artis, kisah peribadi bukan rahsia.

Advertisement

Untuk jangka masa panjang, saya tidak mahu perkara sebegitu merosakkan reputasi dan imej saya. Biasanya jika berdepan dengan situasi sebegini, saya ada cara untuk memberi maklum balas dan reaksi. Saya tolak secara berhemah, sama ada menghubungi melalui telefon atau melalui khidmat SMS.

Bila ada Datuk atau Tan Sri pelawa ajak makan, saya akan jawab apa yang sepatutnya. Saya tidak pandai hendak bermanja-manja menjawab panggilan merka. Pernah juga apabila bersua dan bertentang mata, VIP mempelawa saya untuk meraikan majlis tertentu. Tidak ada masalah untuk saya penuhi permintaan itu, tetapi saya hanya akan pergi jika ada kenalan saya.

Selepas majlis selesai, saya tidak akan terima apa-apa ajakan lain, walaupun sekadar nak minum kopi bersama. Namun, pada masa yang sama saya juga tidak mahu mereka sakit hati hingga menimbulkan rasa benci apabila menolak pelawaan mereka. Saya bimbang nanti mereka boleh bertindak lebih buruk. Macam-macam yang mereka boleh lakukan.

Setakat ini belum ada berani pergunakan saya atau ajak sehingga ke bilik tidur. Ada rakan artis yang berdepan pengalaman sebegitu. Mungkin kerana karekter saya juga. Mereka (golongan VIP) mungkin cuba dekati artis yang mereka temui di kelab malam, saya pula tidak ke kelab malam, apatah lagi minum arak.

Saya juga tidak akan keluar bersendirian, sebaliknya sentiasa bersama orang yang rapat dengan saya (terutama keluarga). Nak jumpa sesiapa pun, saya tidak keluar sendiri, pasti ada orang temankan saya. Itu isyarat saya bukan jenis mudah didekati, apatah lagi hendak mengajak saya keluar bersendirian.

Fuh. Hebat sungguh godaan yang diterima oleh Neelofa. Nasib baik Neelofa jenis kuat pendirian. Kalau ditabur wang ringgit, memang ramai orang yang akan gelap mata. Diharap Neelofa akan terus berpendirian sebegini dan tidak terperangkap di dalam jerangkap samar golongan-golongan VIP.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

218 Comments

  1. aku nak cite

    June 11, 2012 at 4:45 pm

    Aku kawan ngan si cousin neelofa ni mase study dolu2. bukan nak cakap la…family dia ni semua lawa2 jer and educated. Dorg mmg jenis tak clubbing semua kot. kalau kat pasir mas tu mmg fames la keluarga dorg nie keluarga cantik dan classy. Dorg ni pon bukan jenis melayan jantan tak tentu pasal kot…so aku rase stop la tabur fitnah kat si lofa ni. Family dorg ni sexy camane skali pon, one thing aku salute mmg tak pernah tinggal solat. sekian~

  2. azlina

    June 11, 2012 at 12:09 pm

    pakcik aku pun VIP..mmg perangai dia pun cam lahanat..xleh tgk pompuan cantekk..lg2 artis..naik terjojol mata beliau…heh…dia bkn nak sgt kt artis ni pun tapi nak rasa je barang artis tuh…as well as nak tumpang glemer..coz antara VIP d’org akan bertaruh sape dapat artis itu ini terlebih dahulu..pengakuan ikhlas dr pakcik aku…betul tak tipu…so, artis2 ni kena la pandai jaga diri..ish3x…

  3. Manusia biasa..

    April 25, 2012 at 8:01 pm

    Wahai neelofa.. If u think wit 10 A ko rasa dh cukup hebat sebenarnya ko silap..ada je org lg pandai n relak dr ko.. Xpayah la nk bangga diri bgtahu yg ko baik coz ko tu muda lg..lama lg perjalanan hidup n jgn la pandang hina dkt fazura coz everybody buat silap.. N she learn from her mistakes… N her life now much better..

  4. ustaz blue...

    April 19, 2012 at 9:53 pm

    kalo aku jadi vip tu mesti aku dah masukkan ubat tido dlam minuman dia pastu baru bleh bwak dia masuk bilik dengan senang….apatah dia tu dahlah sexy sekali masukkan kote sedap jugak… cuba kalo dia bogel,mesti best kan…sesiapa yang nak tahu aku ni nk cuba jugak rogol perempuanyang cantik macam neelofa…..

    • lovefazura

      November 13, 2012 at 7:22 pm

      Beniat itu sudah dosa ustaz biru

  5. A Girl Like You

    April 7, 2012 at 1:10 pm

    Come on! Neelofa org berpelajaran kot! xperlu semua tu! love ya neelofa!

    • dah

      April 7, 2012 at 10:53 pm

      hai artis, stakat SPM pun dah dikira berpelajaran.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top