April 1st, 2012

Membaca Metro Ahad hari ini sangat menarik kerana muka depannya mengupas kisah-kisah artis Malaysia yang baru mula popular dan dihujani dengan pelbagai tawaran dan gangguan seksual daripada pihak tertentu. Antara banyak-banyak kisah yang dikongsi, Abang Nara paling tertarik dengan cerita daripada Neelofa.

neelofa

Di bawah ialah ulasan penuh daripada Neelofa di dalam Metro Ahad:-

Siapa yang mahu perkara sebegini (gangguan seksual) berlaku dalam industri seni negara. Namun, itulah hakikatnya dan ia berlaku sejak dulu lagi. Saya banyak melalui pengalaman dan diganggu secara peribadi oleh golongan VIP daripada seseorang bergelar Datuk sehinggalah Tan Sri.

Mereka ada pelbagai cara untuk mendekatkan diri dengan saya – ada yang tawarkan kemewahan dengan memberikan peluang perniagaan, ada juga yang mahu memberikan wang. Ada juga yang menghubungi semata-mata untuk mengajak saya keluar makan.

Bayangkan, mereka sanggup memberikan saya peluang perniagaan serta wang tetapi saya percaya mereka tidak ikhlas dan ada maksud tersirat di sebaliknya. Tidak perlu saya jelaskan siapa mereka, cuma yang boleh saya beritahu, mereka bukan orang biasa tetapi dalam golongan elit.

Begitupun, saya ada pendirian dan tak mahu terjebak dengan perkara negatif begini. Malaysia ini kecil, apa lagi Kuala Lumpur, lambat laun orang akan tahu apa yang kita lakukan, lebih-lebih jika bergelar artis, kisah peribadi bukan rahsia.

Untuk jangka masa panjang, saya tidak mahu perkara sebegitu merosakkan reputasi dan imej saya. Biasanya jika berdepan dengan situasi sebegini, saya ada cara untuk memberi maklum balas dan reaksi. Saya tolak secara berhemah, sama ada menghubungi melalui telefon atau melalui khidmat SMS.

Bila ada Datuk atau Tan Sri pelawa ajak makan, saya akan jawab apa yang sepatutnya. Saya tidak pandai hendak bermanja-manja menjawab panggilan merka. Pernah juga apabila bersua dan bertentang mata, VIP mempelawa saya untuk meraikan majlis tertentu. Tidak ada masalah untuk saya penuhi permintaan itu, tetapi saya hanya akan pergi jika ada kenalan saya.

Selepas majlis selesai, saya tidak akan terima apa-apa ajakan lain, walaupun sekadar nak minum kopi bersama. Namun, pada masa yang sama saya juga tidak mahu mereka sakit hati hingga menimbulkan rasa benci apabila menolak pelawaan mereka. Saya bimbang nanti mereka boleh bertindak lebih buruk. Macam-macam yang mereka boleh lakukan.

Setakat ini belum ada berani pergunakan saya atau ajak sehingga ke bilik tidur. Ada rakan artis yang berdepan pengalaman sebegitu. Mungkin kerana karekter saya juga. Mereka (golongan VIP) mungkin cuba dekati artis yang mereka temui di kelab malam, saya pula tidak ke kelab malam, apatah lagi minum arak.

Saya juga tidak akan keluar bersendirian, sebaliknya sentiasa bersama orang yang rapat dengan saya (terutama keluarga). Nak jumpa sesiapa pun, saya tidak keluar sendiri, pasti ada orang temankan saya. Itu isyarat saya bukan jenis mudah didekati, apatah lagi hendak mengajak saya keluar bersendirian.

Fuh. Hebat sungguh godaan yang diterima oleh Neelofa. Nasib baik Neelofa jenis kuat pendirian. Kalau ditabur wang ringgit, memang ramai orang yang akan gelap mata. Diharap Neelofa akan terus berpendirian sebegini dan tidak terperangkap di dalam jerangkap samar golongan-golongan VIP.


218 responses to “Saya Pernah Ditawarkan Kemewahan Oleh VIP – Neelofa”

  1. lovefazura says:

    biarlah lofa belajar dr ksilpan.dye masih bru.dan jganlah seksi sngt.lofa dah cntik.pakai apa pown tetp cntik.apapun fazura tetap the best.sape kate dye spm je.siast dlu sbelum buat statement.dye cuma taknak menunjuk nunjuk je.harap fazura kekalkn kesopanan dlm perckapan dan pakaian

  2. Dealova says:

    Err… Sy bkn artis pon dah byk kali ditawarkan menteri mcm2 but sy relax je, xmasuk paper pon… Ishhhh kesian… Cantik ker tak cantik ker bersyukurla sekurang2nya kita tak cacat – xpyh nk poyo sgt cik lopa

  3. merpati putih says:

    aku nk cite: “family dorg ni sexy cmne pon, xpnh tinggl solat”…alahai der…kalo sexy mnggile pon, tp solat, cm same je klo die xsmyg pon..solat tu dh bgus dah.tp sexy sgt pon xelok..bek xyh smyg..mmg la ni soal die ngn tuhan,.tp come on la ppl, leh pk… smyg, lps tu pkai sexy nk mati..ape la yg ko salute sgt..bdk tadika pon xsalute la org cmtu..

Loading...