“Saya Pernah Cakap Saya Tak Mahu Berkahwin Dengan Pelakon” – Amira Othman Tak Sangka Miliki Fattah Amin Sebagai Suami

Hiburan

“Saya Pernah Cakap Saya Tak Mahu Berkahwin Dengan Pelakon” – Amira Othman Tak Sangka Miliki Fattah Amin Sebagai Suami

Penyanyi dan pelakon, Amira Othman mengakui pertemuannya dengan suami tercinta, Fattah Amin bermula ketika mereka digandingkan bersama atas urusan kerja.

Menerusi temu bual bersama The Chic Code, Amira menyifatkan perkenalan mereka sebagai satu takdir yang sudah diatur dan jawapan kepada doa yang dipanjatkannya sejak sekian lama.

Advertisement

“Sebenarnya kita memang bekerja, saya rasa memang takdir. Semestinya macam saya pada ketika itu belum bertemu jodoh jadi sampai umur saya 32 tahun saya selalu berdoa agar dapat jodoh yang baik pada waktu yang paling baik walaupun saya tak tahu siapa.”

“Jadi sepanjang perjalanan itu, Allah dah cakap inilah jawapan pada doa kau. Jadi inilah jawapannya.”

“Saya pun tidak tahu macam mana nak jelaskan, tapi inilah urusan takdir. Semuanya sangat tidak dirancang, kami berjumpa memang atas dasar kerja malah saya tak pernah jumpa dia sebelum itu ada tapi saya kenal siapa dia,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Hati-Hati itu turut mendedahkan dia pernah menyatakan hasrat untuk tidak berkahwin dengan artis, khususnya pelakon.

“Saya pernah cakap saya tak mahu berkahwin dengan artis terutamanya pelakon. Tuhan memang bagi. Jadi saya rasa kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita tapi Tuhan cakap inilah yang terbaik untuk kamu.”

“Kami pun sebelum ini tak pernah ada conversation bersama jadi saya rasa ini semua sudah tertulis,” tambahnya.

Untuk rekod, Amira Othman sah bergelar isteri kepada Fattah Amin dengan sekali lafaz pada malam 14 September 2025 di Golden Palm Tree Resort, Sepang. Majlis pernikahan tersebut berlangsung secara tertutup dan romantis, dengan tarikh itu dipilih bersempena ulang tahun kelahiran Fattah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-02-24 10:15:46

"Jangan Lebih-Lebih Bro, Kau Tegur Orang Bila Orang Tegur Kau Lain Macam Koyak Kau" - Kamal Adli 'Sound' Tareq Fit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...