Baru-baru ini, pelakon, Fouziah Gous memaklumkan dirinya pernah membuat pengakuan mengejut kepada suami, Mohd Zhafran Md Yusof atau Zam mengenai keputusannya untuk berhijab.
Mulanya berubah untuk suami tapi selepas bernikah..
Menurut Fauziah, niat bertudung pada awalnya hanya kerana suami, tetapi selepas mendirikan rumah tangga, perkara tersebut berubah dan merasakan ia satu perjalanan peribadi untuk dia menjadi lebih baik.
Saya pernah cakap dengan Zam, kalau satu hari nanti kami tak ada jodoh, saya akan buka tudung sebab saya buat benda ni untuk dia. Tapi selepas bernikah, saya tekad untuk berubah kerana saya nak jadi yang terbaik.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon tersebut turut sempat mengimbas semula janji manis suami ketika merakam video pra-perkahwinan yang masih segar di ingatannya hingga ke hari ini.
Tak akan terburu-buru untuk berubah jadi baik
Saya ni kuat bekerja dan berdikari, tapi dengan Zam semua benda pun tak boleh buat tanpa dia. Ubat pun kalau dia tak bukakan, memang saya tak makan.
Namun begitu, Fauziah menegaskan setiap fasa hidup yang ditempuh akan dilalui dengan penuh tenang tanpa ada paksaan kerana enggan mempunyai niat terburu-buru bagi mengubah diri jadi lebih baik.