Pelakon dan model, Zahnita Wilson yang ditemui media tampil berkongsi mengenai kes keganasan rumah tangga yang dialaminya selama bergelar isteri kepada Abd Zackery Ghouse.
Kongsinya, dia sering berharap agar suaminya itu berubah menjadi lebih baik selain hanya bertahan demi anak-anak.
Saya bertahan sebab anak-anak, lagipun saya masih muda pada ketika itu, jadi saya sentiasa harapkan dia akan berubah, saya fikirkan semuanya akan menjadi lebih baik namun sebaliknya.
Namun setelah berbelas tahun menderita, Zahnita merasakan dia tidak boleh lagi berdiam diri dan memikirkan untuk keluar dari perkahwinan toksik demi dirinya dan anak-anak.
Saya terpaksa buat untuk memastikan diri saya selamat selain memberitahu kepada orang ramai yang sebenarnya saya dalam masalah. Saya perlukan pertolongan, saya tak boleh terus berdiam.
Ia sudah terlalu lama saya sorokkan perkara ini. Tapi saya tiada pilihan jadi saya harus failkan perceraian dan tegakkan hak saya dan anak-anak. Ia tidak baik untuk saya biarkan anak saya rasai apa yang saya lalui.
Tambahnya lagi, dia juga pernah mengalami ‘slip disc’ kerana tertekan dengan tekanan yang dihadapi.
@melodiberapi Luahan Zahnita mengenai masalah rumah tangg beliau. #meloditv3 #zahnita #keganasanrumahtangga #kdrt
Ada pernah, tahun lepas paling kerap dia memberikan kata-kata kesat. Saya pernah kena slip disc kerana tekanan yang saya hadapi.
Dia akan minta maaf, janji tak akan buat lagi namun esok semuanya berubah. Saya rasa seperti hamba, dan saya berfikir kenapa dia buat saya macam ni.
Terdahulu, Zahnita mendedahkan dia telah dikasari sepanjang perkahwinan oleh suami.
Susulan itu, suami Zahnita ditahan polis bagi membantu siasatan kes keganasan rumah tangga dan turut didapati positif dadah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.