Shah Radhy yang dulu sempat menjadi bualan ramai kerana kontroversi yang mengatakan dirinya memikat dan membawa lari perempuan bersuami memberi impak besar kepada pelakon ini.
Selepas di tahan oleh pihak polis selama beberapa hari pada tahun 2020, Shah akhirnya terlepas dari tuduhan tersebut apabila Mahkamah Majistret Ampang mengambil keputusan membebaskan pelakon itu.
Saya pasti saya tak salah, jadi saya tak perlu takut. Saya keliru dan tak boleh tidur.
View this post on Instagram
Susulan dari peristiwa itu, Shah yang dulunya mempunyai nama ‘stage’ Shah Hasvee kini telah meninggalkan nama tersebut dan bertukar kepada namanya yang sekarang untuk lari dari pengalaman yang hadir bersama nama itu.
Tambahnya lagi, kalau boleh pelakon itu tidak mahu sesiapa mengungkit perkara itu lagi kerana diri amat terkesan sejak isu ‘panas’ tersebut berlaku.
Selain itu, kami bawakan cerita-cerita ‘panas’ yang trending pada pautan di bawah.