Pelakon dan penyanyi sensasi, Fattah Amin berkongsi mengenai persiapannya menyambut Ramadan semenjak bergelar duda dan bapa tunggal kepada seorang anak.
“Rasa sayu dan berbeza..” demikian luahan hati Fattah berikutan tahun ini kali pertama dia berpuasa tanpa seorang isteri di sisi setelah bercerai empat bulan yang lalu.
Mengakui ada rasa kehilangan, Fattah menganggap ia adalah takdir dan perasaan normal untuk mengenangkan saat masih bergelar suami suatu ketika dahulu.
Betul, memang akan berbezalah. Sebagai manusia biasa, walaupun kita lelaki, tetapi ada masanya kita akan tetap terbuai dengan perasaan itu.
Tetapi saya perlu kuat dan apa yang terjadi sebelum ini sudah ditakdirkan. Sebagai orang Islam, harus percaya pada qada dan qadar, sampai masa sudah tertulis jodoh, rezeki dan ajal. Harus muhasabah diri dan terima dengan hati yang terbuka.
Meskipun begitu, Fattah memilih untuk menyibukkan diri dengan urusan kerja untuk tidak terbawa-bawa dengan perasaan tersebut.
Dia juga mempunyai perancangan untuk menyambut dan mendidik anak perempuannya, Nur Fatima Aisya mengenai kepentingan berpuasa di bulan Ramadan.
Walaupun Fatima masih kecil dan tidak berpuasa, memang saya mahu ada masa untuk berbuka dengan keluarga saya serta meraikan anak.
Dia masih kecil tetapi berhak tahu tentang Ramadan, sebagai ibu bapa kita harus fahamkan erti Ramadan kepadanya secara perlahan-lahan.
Sekadar info, Fattah dan Fazura telah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.