Baru-baru ini, pelakon Hisyam Hamid menyatakan bahawa dia mengawal pemakanan hariannya sehingga berat badannya turun 8 kilogram demi menjayakan watak seorang bekas banduan untuk drama terbaharu, Kerana Aku Isteri Bidaan.
Katanya, selain mengambil makanan berat sekali sehari, dia juga melakukan beberapa jenis senaman untuk mendapatkan bentuk badan yang melambangkan watak tersebut sebelum mula penggambaran pada April lalu.
Saya tak sarankan perkara ini kepada orang ramai. Saya buat demi dapatkan fizikal yang bersesuaian dengan watak bekas banduan
Diberi kepercayaan watak hero yang perlu berganding dengan pelakon wanita, Hisyam Hamid menyatakan dia mempunyai caranya sendiri untuk menjaga hati isterinya.
Memang isteri kata tidak cemburu. Namun, jauh di sudut hati, pasti akan wujud perasaan cemburu apabila melihat suami bersama wanita lain dalam drama
Selain itu, dia juga menjaga batas dalam lakonannya dan mengelak daripada melakukan babak yang tidak senonoh seperti menayang tubuh badan.
Katanya, pengguna masa kini lebih bijak menggunakan teknologi untuk tujuan mempromosikan drama.
Sekadar info, Hisyam Hamid telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Rosmawati Hanafi pada September 2006 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Nurish Syameliah dan Hayden.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.