“Saya Perlu Bayar Lima Angka..” – Haniff Hamzah Dedah Punca Dirinya Tidak Dibenarkan Keluar Dari Malaysia

Hiburan

“Saya Perlu Bayar Lima Angka..” – Haniff Hamzah Dedah Punca Dirinya Tidak Dibenarkan Keluar Dari Malaysia

Penyampai radio Fly FM, Haniff Hamzah, akhirnya tampil menjelaskan situasi sebenar di sebalik insiden dirinya dihalang berlepas di KLIA pada 14 November lalu. Menurutnya, isu berkenaan berpunca daripada cukai syarikat lamanya yang tidak diisytiharkan selama beberapa tahun.

Haniff berkata, dia sendiri pada awalnya keliru dan tidak tahu punca sebenar ketika dimaklumkan tidak boleh meneruskan perjalanan.

Advertisement

Inilah sebabnya saya dihalang perjalanan di pagar KLIA. Saya tak dapat kongsi lebih awal sebab saya sendiri pun blur kenapa saya tak dapat travel. Di pejabat imigresen, mereka beritahu LHDN kata ‘kamu tidak membayar cukai’.

Walaupun cukai pendapatan peribadinya sentiasa diuruskan, Haniff mengakui dia terlepas pandang cukai syarikat yang ditubuhkannya kira-kira lapan tahun lalu. Ketika pandemik, syarikat itu hampir tidak beroperasi dan beberapa urusan penting — termasuk pengisytiharan keuntungan dan kerugian  tidak diselesaikan selama tiga tahun.

Cukai pendapatan saya memang clear. Tapi saya tak nampak cukai syarikat saya… waktu pandemik, ia hampir ‘tutup’, jadi saya abaikan beberapa perkara penting.

Disebabkan kegagalan mengisytiharkan laporan syarikat, LHDN mengeluarkan anggaran cukai enam angka, jauh lebih tinggi daripada keuntungan sebenar yang pernah dijana syarikat tersebut. Untuk membolehkannya meneruskan perjalanan, Haniff diminta membayar jumlah lima angka serta-merta.

@flyfm

PTPTN? Bankruptcy? Criminal Records? ? @Haniff Hamzah finally sets the record straight on why he was blocked from travelling and what he’s doing next. He’s also using his platform to remind Malaysians to be extra careful to manage their commitments so they don’t end up in the same situation. ?? Have you ever been in the same situation with Haniff? Tell us ?? #FlyFMNumber #FlyFM #EHFly

? original sound – Fly FM Malaysia – Fly FM Malaysia

Syarikat saya tak pernah untung sebanyak itu. Untuk saya lalu di KLIA ketika tu, saya perlu bayar lima angka… dan saya memang tak ada duit sebanyak tu. Walaupun ada, saya dah terlewat, pintu dah tutup.

Sebelum ini, Fly FM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Haniff ditahan ketika ingin berangkat ke luar negara dan diminta menjalani sesi soal siasat sebelum diberitahu dia tidak dibenarkan meninggalkan negara.

Akibat insiden berkenaan, projek travel siri Fly FM, ‘EH! 48H in Singapore’, terpaksa dibatalkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-18 17:29:11

Remy Ishak Cadang Zara Zya Mandi Air Garam & Ais Buang Aura Negatif & Sukar Dapat Jodoh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...