“Saya Pergi Namun Ditolak” – Azad Jasmin Dedah Pernah Hadiri Temuduga Jadi Pramugara Sebanyak 13 Kali

Hiburan

“Saya Pergi Namun Ditolak” – Azad Jasmin Dedah Pernah Hadiri Temuduga Jadi Pramugara Sebanyak 13 Kali

Mendedahkan pernah menghadiri sesi temuduga untuk bergelar pramugara sebanyak 13 kali, pelakon tampan Azad Jasmin menyatakan sebanyak lima kali sesi temuduganya ditolak oleh sebuah syarikat penerbangan popular tempatan atas faktor usia.

azad jasmin pramugara

Advertisement

Katanya, perkara itu terjadi ketika dirinya menghadiri sesi temuduga di Pulau Pinang.

“Ketika di Pulau Pinang, kesemua temuduga di tiga buah hotel saya telah pergi namun lima kali saya ditolak ketika fasa pertama. Alasan mereka kerana saya baru berusia 15 tahun ketika itu.”

Ujar Azad lagi, dirinya tidak berputus asa,  ketika menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Azad dikhabarkan tampil mencuba nasibnya sekali lagi.

azad jasmin pramugara

“Ketika ditemu bual, saya disoal kenapa saya nak bekerja sebagai pramugara? Jawapan saya ketika itu kerana saya tinggi dan kacak. Kemudian saya gagal lagi.”

Bagaimanapun, kali terakhir Azad akhirnya lulus dan dipanggil ke ibu pejabat di Kelana Jaya untuk fasa berikutnya, namun bertindak menolak tawaran tersebut.

“Ketika sedang menunggu, saya jadi berkecamuk dan akhirnya saya menolak tawaran tersebut.. Memang menyesal sebab susah nak dapat,”

Memandangkan kredibiliti dan persona yang ditampilkan kru penerbangan ketika era 1990-an sangat mengagumkan, kerjaya pramugara menjadi idaman Azad.

azad jasmin pramugara

Malah menerusi video yang dimuat naik menerusi rakaman video YouTube Zarul Umbrella baru-baru ini, isterinya Eira Syazira juga turut berkongsi minatnya untuk menjadi pramugari sejak bangku sekolah.

Namun, segalanya berubah apabila meningkat dewasa selepas dirinya berpeluang menjadi “pramugari” ketika menjadi pelakon.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...