“Saya Pergi Mana-Mana Ada Mak Ikut” – Pelakon Remaja Nafi ‘Bermesra’ Di Tempat Awam Dengan Lelaki

Hiburan

“Saya Pergi Mana-Mana Ada Mak Ikut” – Pelakon Remaja Nafi ‘Bermesra’ Di Tempat Awam Dengan Lelaki

Baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok memaparkan seorang gadis sedang ‘bermesra’ dengan seorang lelaki di tempat umum yang dipenuhi orang ramai.

Biarpun video yang dimuat naik itu tidak jelas memaparkan identiti remaja terbabit, ada netizen telah memetik nama pelakon remaja, Nur Qistina Raisah.

Advertisement

Susulan itu, Qistina tidak mendiamkan diri dan tampil kehadapan untuk menafikan bahawa gadis yang sedang ‘bermesra’ dengan lelaki itu bukanlah dirinya.

Difahamkan dari video penjelasan pelakon berkenaan, dia sama sekali tidak mengenali gadis yang ada di dalam video itu serta mempersoalkan motif si perakam memuat naik video seperti itu di media sosial.

Ramai cakap saya, tapi itu bukan saya. Saya pergi mana-mana, ada mak ikut.

Tambahannya lagi, dia perlu bersuara kerana tidak semena-mena namanya ‘dipetik’ di ruangan komen video yang sedang tular itu.

Bukan itu saja, dia sempat menasihati agar fikir dahulu sebelum meninggalkan sebarang komen kerana bimbang akan menabur fitnah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

gambar hiasan
3 bulan lalu

Imej Muslimah Hanya 'Lakonan', Pelakon Remaja Perempuan Terkenal Didakwa 'Kaki Kelab' Malam?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...