Baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok memaparkan seorang gadis sedang ‘bermesra’ dengan seorang lelaki di tempat umum yang dipenuhi orang ramai.
Biarpun video yang dimuat naik itu tidak jelas memaparkan identiti remaja terbabit, ada netizen telah memetik nama pelakon remaja, Nur Qistina Raisah.
Susulan itu, Qistina tidak mendiamkan diri dan tampil kehadapan untuk menafikan bahawa gadis yang sedang ‘bermesra’ dengan lelaki itu bukanlah dirinya.
Difahamkan dari video penjelasan pelakon berkenaan, dia sama sekali tidak mengenali gadis yang ada di dalam video itu serta mempersoalkan motif si perakam memuat naik video seperti itu di media sosial.
Ramai cakap saya, tapi itu bukan saya. Saya pergi mana-mana, ada mak ikut.
Tambahannya lagi, dia perlu bersuara kerana tidak semena-mena namanya ‘dipetik’ di ruangan komen video yang sedang tular itu.
Bukan itu saja, dia sempat menasihati agar fikir dahulu sebelum meninggalkan sebarang komen kerana bimbang akan menabur fitnah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.