“Saya Percaya Jodoh Saya Belum Lahir Lagi…” – 17 Tahun Hidup Sendiri, Azharina Azhar Tak Mahu Stres Soal jodoh

Hiburan

“Saya Percaya Jodoh Saya Belum Lahir Lagi…” – 17 Tahun Hidup Sendiri, Azharina Azhar Tak Mahu Stres Soal jodoh

Penyanyi Azharina Azhar tidak tertekan apabila disoal tentang jodoh selama 17 tahun hidup menjanda dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir.

Seloroh penyanyi berusia 40 tahun itu, mungkin dia perlu menunggu pelakon terkenal Bollywood, Salman Khan untuk mengahwininya kerana sangat meminati aktor tersebut sejak dulu.

Advertisement

Saya percaya jodoh saya belum lahir lagi. Selepas 17 tahun hidup bersendirian, saya tak tahulah mungkin belum sampai rezeki saya untuk berkahwin. Jadi, saya menganggap jodoh saya belum lahir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gie Ismail (@gieismail)

Tambah pelantun lagu Rawan itu lagi, sehingga kini masih belum ada lelaki yang berani untuk cuba mendekatinya dan mengenali dirinya.

Mungkin saya harus memujuk Salman Khan untuk mengahwini saya kerana dia adalah lelaki teragung, cinta abadi saya daripada saya anak dara sunti sampailah jadi janda.

Ujar Azharina lagi, dia kini hanya mahu memberi fokus kepada keperluan dan tanggungjawabnya iaitu membesarkan dua anaknya, Rahmad, 11, dan Redho, 8.

Azharina Azhar

Selain itu, Azharina juga mahu bekerja keras dan fokus untuk membangunkan syarikat dan perniagaannya selain memberi keutamaan kepada karier.

Kalau ia datang (jodoh), datanglah. Kalau tak datang pun tak apalah, saya terima. Saya pun tak nak ‘stress’. Banyak sangat kes perceraian, kes itu kes ini, jadi saya tak nak pening.

“Kalau ada datang lelaki itu, dia kena faham saya. Bukan saya yang nak kena faham dia. Kebanyakan yang datang itu ‘expectation’ macam pengurungan. Saya mungkin akan ‘stress’ di situ dan tidak mahu begitu,” katanya.

Azharina nafi Daniesh anak ikan
2025-09-04 10:54:09

Azharina Azhar Nafi Dakwaan Daniesh Suffian 'Anak Ikan', Dedah Hubungan Sebenar - "Harap Lepas Ni Tak Salah Faham"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...