Pelakon dan usahawan terkenal, Nora Danish, sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas berkongsi sebuah luahan penuh keinsafan di Threads.
Dalam perkongsian ringkas itu, Nora mengakui dirinya hanyalah seorang pendosa yang setiap hari berusaha memperbaiki diri ke arah lebih baik.
Tulisnya,
Nora adalah pendosa yang berusaha setiap hari untuk jadi lebih baik. Masing-masing ada struggle masing-masing. Moga air mata kita ini hanya mengalir kerana Allah.
Ungkapan tersebut nyata menyentuh hati ramai pengikut yang membanjiri ruangan komen dengan kata-kata sokongan serta doa agar Nora terus kuat dalam perjalanan hidupnya.
Rata-rata netizen menganggap perkongsian itu sebagai peringatan bersama bahawa setiap insan pasti melalui ujian dan usaha untuk menjadi insan lebih baik tidak pernah sia-sia.