“Saya Penat..” – Pegawai JPJ Didakwa Suruh Pergi Kaunter Lain, Tapi Siap Boleh Main ‘Handphone’?

Kehidupan

“Saya Penat..” – Pegawai JPJ Didakwa Suruh Pergi Kaunter Lain, Tapi Siap Boleh Main ‘Handphone’?

Viral di media sosial Twitter baru-baru ini, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Wong Qiau Wei yang meluahkan rasa kecewa terhadap sikap seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menerusi hantaran tersebut, Wong telah menceritakan bahawa dia telah pergi ke JPJ Bundusan bagi membuat urusan penggantian kenderaan bas pelancongan syarikat miliknya seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pelancongan.

Advertisement

Malah, dia turut mengikut segala arahan dan menunggu di situ sehingga nombor gilirannya dipanggil sambil membawa segala dokumen yang perlu dihantar ke JPJ bagi urusan kenderaan miliknya itu.

jpj

Namun, setibanya di kaunter, pegawai JPJ yang berada di kaunter tersebut telah mengarahkannya untuk ke kaunter lain sambil bermain aplikasi Whatsapp.

Ini apa? Kenapa banyak sangat dokumen? Saya tak nak tengok. Saya penat. Kamu cari orang lain.

Bukan itu sahaja, pegawai JPJ itu turut bertindak ‘membuang’ segala dokumen tersebut kembali kepadanya.

Dalam pada itu, Wong turut mengakui dia berasa tidak puas hati dengan tindakan pegawai JPJ itu kerana urusan yang ingin diselesaikan itu memang seharusnya dilakukan di kaunter JPJ sahaja.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen telah memberi pelbagai reaksi, ada yang mengecam pegawai tersebut dan ada juga yang berkongsi pengalaman sama.

Tak nak kerja baik berhenti saja… makan gaji buta saja – netizen.

Ini berlaku kepada saya tahun lepas di JPJ Wangsa Maju ketika hendak memperbaharui cukai jalan, kena herdik,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

haji
2 years ago

(VIDEO) "Bila Nak Sampai Macam Tu?" - Belum Dapat 'Flight', Jemaah Haji Kena 'Scam' Dengan Agensi?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...