Viral di media sosial Twitter baru-baru ini, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Wong Qiau Wei yang meluahkan rasa kecewa terhadap sikap seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menerusi hantaran tersebut, Wong telah menceritakan bahawa dia telah pergi ke JPJ Bundusan bagi membuat urusan penggantian kenderaan bas pelancongan syarikat miliknya seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pelancongan.
Malah, dia turut mengikut segala arahan dan menunggu di situ sehingga nombor gilirannya dipanggil sambil membawa segala dokumen yang perlu dihantar ke JPJ bagi urusan kenderaan miliknya itu.
Namun, setibanya di kaunter, pegawai JPJ yang berada di kaunter tersebut telah mengarahkannya untuk ke kaunter lain sambil bermain aplikasi Whatsapp.
Ini apa? Kenapa banyak sangat dokumen? Saya tak nak tengok. Saya penat. Kamu cari orang lain.
Bukan itu sahaja, pegawai JPJ itu turut bertindak ‘membuang’ segala dokumen tersebut kembali kepadanya.
SAYA WONG QIAU WEI, INGIN MEMBUAT ADUAN TENTANG SEORANG PEGAWAI DI JPJ BUNDUSAN KAUNTER NOMBOR 3, MOHD RAZI (SEPERTI GAMBAR YANG DILAPIRKAN)
PADA JAM 1530 SAYA PERGI KE KAUNTER NOMBOR 3 ATAS ARAHAN RELA UNTUK MEMBUAT URUSAN PENGGANTIAN KENDERAAN BAS PELANCONGAN SYARIKAT MILIK pic.twitter.com/4Xn2zcVGKf
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) July 6, 2022
Dalam pada itu, Wong turut mengakui dia berasa tidak puas hati dengan tindakan pegawai JPJ itu kerana urusan yang ingin diselesaikan itu memang seharusnya dilakukan di kaunter JPJ sahaja.
Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen telah memberi pelbagai reaksi, ada yang mengecam pegawai tersebut dan ada juga yang berkongsi pengalaman sama.
Tak nak kerja baik berhenti saja… makan gaji buta saja – netizen.
“Ini berlaku kepada saya tahun lepas di JPJ Wangsa Maju ketika hendak memperbaharui cukai jalan, kena herdik,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.