“Saya Peminat Nasi Lemak!”, YouTuber Ini Terbang Sejauh 9,600KM Ke Malaysia Demi Nasi Lemak

Trending

“Saya Peminat Nasi Lemak!”, YouTuber Ini Terbang Sejauh 9,600KM Ke Malaysia Demi Nasi Lemak

Tak dinafikan makanan di Malaysia sememangnya enak-enak belaka. Bukan sahaja sedap, tapi ada banyak pilihan makanan di sini kerana kepelbagaian kaum di Malaysia. Sampaikan Darren Cronian, YouTuber yang menetap di Greece ini tidak dapat melupakan keenakan nasi lemak yang pernah dimakannya.

Semuanya gara-gara gambar nasi lemak muncul di laman Instagram miliknya. Secara spontan, dia menempah tiket penerbangan dan terbang ke Malaysia!

Advertisement

“It’s official – I’m addict to nasi lemak!”

Lima tahun yang lalu, Darren Croanian  pernah melawat Malaysia dan merasai sendiri keenakan nasi lemak di sini. Sejak daripada itu, dia tidak dapat melupakan rasanya dan malang sekali tiada restoran Malaysia di tempat tinggalnya.

“Saya terbang dari Athens ke Singapore, mengambil masa selama 11 jam, selepas 6 jam di sana saya terus terbang ke Kuala Lumpur.”

nasi lemak
Walaupun terpaksa hadap perjalanan yang jauh, dia kemudian terus mendapatkan nasi lemak untuk menghilangkan craving nya itu. Nasi lemak adalah makanan Malaysia pertama yang dicubanya pada lima tahun yang lalu.

Dia juga merancang untuk kembali semula ke Malaysia dan menetap selama empat minggu di sini. Semuanya sebab dia ingin melawat kawasan menarik di Malaysia sambil mencuba makanan yang lain pula selain nasi lemak.

Kalau anda ada cadangan tempat makanan yang menarik, boleh lah kongsikan pada Darren untuk percutiannya nanti. Nampaknya memang ramai pelancong luar negara yang tak dapat lupakan keenakan makanan Malaysia ni.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...