Tak dinafikan makanan di Malaysia sememangnya enak-enak belaka. Bukan sahaja sedap, tapi ada banyak pilihan makanan di sini kerana kepelbagaian kaum di Malaysia. Sampaikan Darren Cronian, YouTuber yang menetap di Greece ini tidak dapat melupakan keenakan nasi lemak yang pernah dimakannya.
Semuanya gara-gara gambar nasi lemak muncul di laman Instagram miliknya. Secara spontan, dia menempah tiket penerbangan dan terbang ke Malaysia!
“It’s official – I’m addict to nasi lemak!”
“Saya terbang dari Athens ke Singapore, mengambil masa selama 11 jam, selepas 6 jam di sana saya terus terbang ke Kuala Lumpur.”

Dia juga merancang untuk kembali semula ke Malaysia dan menetap selama empat minggu di sini. Semuanya sebab dia ingin melawat kawasan menarik di Malaysia sambil mencuba makanan yang lain pula selain nasi lemak.
Twitter I need your help for my next video. Looking for suggestions for the best places for Malaysian street food in KL, available day and night. pic.twitter.com/QJTlpjZl8I
— Darren Cronian (@theremotehive) November 8, 2019
Kalau anda ada cadangan tempat makanan yang menarik, boleh lah kongsikan pada Darren untuk percutiannya nanti. Nampaknya memang ramai pelancong luar negara yang tak dapat lupakan keenakan makanan Malaysia ni.