Saya Pelik Tiada Tawaran Lakonan Buat Saya – Sharnaaz Ahmad

Hiburan

Saya Pelik Tiada Tawaran Lakonan Buat Saya – Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz Ahmad satu ketika dahulu cukup popular sehingga hampir kesemua drama di televisyen pasti akan menampilkan lakonannya. Namun bak kata pepatah, kehidupan ini umpama roda, tak selamanya kita di atas. Menurut Sharnaaz Ahmad, sejak kebelakangan ini tiada tawaran lakonan yang diterima olehnya. Kali terakhir Sharnaaz menjalani penggambaran ialah melalui drama Awak Sangat Nakal berganding dengan Ayda Jebat, tahun lalu.

sharnaaz ahmad

Advertisement

Oleh kerana kurang tawaran, Sharnaaz kini turut sama menumpukan perhatian pada bidang lain seperti perniagaan, pembinaan dan perdagangan. Itu satu langkah yang amat bagus. Sekurang-kurangnya Sharnaaz tidak bergantung pada satu sumber rezeki semata-mata. Kata Sharnaaz:-

Saya pelik tiada tawaran lakonan buat saya. Kalau ada pun, drama episod yang panjang. Saya terpaksa tolak kerana tidak mampu memberi komitmen berbulan-bulan. Bukan apa, bakat baharu, tidak kisahlah, sekurang-kurangnya mereka boleh mendapat pendapatan tetap.

Mungkin daripada segi lakonan tiada tawaran, namun Allah buka rezeki untuk saya meneroka bidang perniagaan. Alhamdulillah, saya terbabit dalam kegiatan pembinaan, pembersihan dan perdagangan. Saya tidak boleh mengharapkan pendapatan daripada lakonan kerana perlu memikirkan masa depan keluarga

sharnaaz ahmad

Pada pendapat Abang Nara, ini adalah satu perkara biasa lebih-lebih lagi dengan kemunculan ramai pelakon baru. Sharnaaz Ahmad dan pelakon-pelakon lama harus pandai me”market”kan diri mereka. Jika tidak, memang tidak akan ada tawaran yang diterima. Namun langkah awal yang diambil oleh Sharnaaz untuk menceburi bidang lain harus dipuji. Sekurang-kurangnya ia akan berfungsi sebagai satu safety net andainya nama Sharnaaz di dalam bidang lakonan terus malap. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...