Saya Pelik Kenapa Lelaki Tidak Mahu Jadikan Saya Teman Wanita Mereka – Ayda Jebat

Hiburan

Saya Pelik Kenapa Lelaki Tidak Mahu Jadikan Saya Teman Wanita Mereka – Ayda Jebat

Kami rasa ramai yang sudah kenal dengan Ayda Jebat bukan? Iyalah, beliau memang popular sekarang ini dan sudah banyak drama lakonannya ditayangkan di televisyen dan dapat memikat hati penonton lebih-lebih lagi jika bergandingan dengan abang sado Zul Ariffin.

Advertisement

Walaupun sudah popular dan boleh kata hampir semua impiannya tercapai, Ayda mengakui sehingga kini hati beliau masih belum dimiliki oleh mana-mana lelaki.  Malah, beliau tidak pernah mempunyai teman lelaki sepanjang hidupnya.

Terus-terang sejak sekolah hingga kini saya tidak pernah ada boyfriend. Tapi masa sekolah dulu ada jugalah saya minat kat lelaki secara senyap-senyap, tapi saya tak pernah cuba untuk meluahkannya. Apa yang boleh saya katakan, saya memang tak pernah bercinta lagi. Tak tahu mengapa. Saya pun hairan dan tertanya-tanya, kenapa perkara ini terjadi. Mungkin mereka takut nak dekati saya yang berperangai gila-gila agaknya.

aydaAyda memberitahu, beliau kini sudah bersedia untuk mempunyai kekasih dan ingin menjalinkan hubungan cinta bila-bila masa sahaja.

Saya sebenarnya sudah lama bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta. Jika ada yang sesuai, saya tidak kisah untuk bercinta sekarang ini.

aydaJejaka-jejaka di luar sana yang memang minat dan mahu Ayda Jebat menjadi teman wanita anda, apa lagi jangan tunggu lama-lama tuan empunya badan pun dah promote diri dan sedang mencari teman hidup. Kini peluang untuk anda memikat beliau sudah terbuka luas. Sumber Berita: Murai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...