“Saya Pelik Dengan Dia..” – Isu Saman JAWI RM10 Juta, Ini Respon Bapa Syamsul Yusof

Hiburan

“Saya Pelik Dengan Dia..” – Isu Saman JAWI RM10 Juta, Ini Respon Bapa Syamsul Yusof

Kecoh dua tiga hari ini mengenai kenyataan pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang memaklumkan bahawa dia akan memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebanyak RM10 juta.

Ini berikutan menurut pengarah itu, pihak JAWI telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah bernikah lagi satu dipercayai bersama wanita bernama Ira Kazar.

Advertisement

Di sebalik kekecohan itu, bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam yang juga penerbit dan pengarah filem terkemuka tampil meluahkan pendapatnya sendiri mengenai isu itu.

Ujar Yusof Haslam yang dihubungi BH Online, dia berharap tindakan anaknya itu tidak mengeruhkan lagi keadaan yang sedia kalut.

Saya pelik dengan tindakan Syamsul. Namun tak perlulah saya mengulasnya. Cuma sebagai orang tua, saya berharap tindakan Syamsul tidak akan mengeruhkan keadaan.

Yusof Haslam dalam pada itu turut berkata bahawa dia dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak sulung mereka.

Terdahulu, Syamsul pernah diaju soalan mengenai kemelut rumah tangganya bersama isteri, pelakon Puteri Sarah Liyana namun hanya membalas pertanyaan dengan emoji ketawa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ira Kazar
1 year ago

(VIDEO) "Awak Cantik Tapi Sayang..." - Ira Kazar Buat TikTok Dengan Bapa, Ruang Komen Dipenuhi Caci Maki Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BH Online

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...