“Saya Pasrah” – Tular Isu Anak Bercium, Ridhuan Tee Anggap Sebagai Ujian

Hiburan

“Saya Pasrah” – Tular Isu Anak Bercium, Ridhuan Tee Anggap Sebagai Ujian

Terdahulu, tular di aplikasi TikTok video memaparkan seorang lelaki yang didakwa mirip seorang pelakon baru yang juga merupakan anak kepada pendakwah terkenal, Ridhuan Tee sedang berciuman dengan seorang wanita.

Tampil membuka mulut, Ridhuan Tee atau nama sebenarnya Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata sebagai bapa, dia telah menasihati anaknya, Syafi Tee tentang dunia seni.

Advertisement

Namun, Ridhuan menganggap kontroversi yang berlaku tentang anaknya merupakan satu ujian buat dirinya dan juga Syafi yang baru sahaja menceburi bidang seni.

syafi tee

Sedangkan Nabi Nuh pun tidak mahu menyelamatkan anaknya, inikan pula diri saya, hamba Allah yang hina.

Menurut laporan Mstar, dia tidak melarang Syafi untuk menceburi bidang seni cuma mengingatkan agar dia pandai membawa diri dan memastikan seni dapat mendidik anak bangsa.

Saya sudah melakukan yang terbaik untuk semua 6 orang anak saya. Selebihnya saya berserah.. saya pasrah.

ridhuan tee

Titipan demi titipan. Namun apakan daya Allah mahu menguji hamba-Nya yang kerdil ini.

Dalam pada itu, Ridhuan berkata kejadian yang berlaku tidak mematahkan semangatnya untuk terus menegur mana-mana artis yang melakukan kemungkaran termasuk anaknya sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 years ago

Rakaman Lelaki Mirip Pelakon & Anak Pendakwah Terkenal Sedang Bercium Dengan Wanita 'Viral' Di TikTok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...