“Saya Paling Suka Dengar Bacaan Talkin”, Luahan Aidid Marcello Buat Ramai Netizen Sebak

Trending

“Saya Paling Suka Dengar Bacaan Talkin”, Luahan Aidid Marcello Buat Ramai Netizen Sebak

Mati tidak menunggu kita. Cepat atau lambat pasti masing akan merasai kematian itu. Persoalannya sekarang bagaimana persiapan kita ketika berada di alam barzakh nanti?

Advertisement

Itulah antara intipati luahan Aidid Marcello, pengacara dan penerbit tv di laman sosialnya baru-baru ini. Perkongsian Aidid itu membuatkan ramai netizen sebak dan menyatakan kesedihan mereka di ruangan komen beliau.

Aidi Marcello yang turut meluahkan rasa yang sama di laman sosial.

Beliau yang baru sahaja melihat semua proses menguruskan jenazah terdetik di hati beliau untuk berkongsi pengalaman beliau sepanjang proses pengurusan jenazah itu berlangsung.

Jom ikuti perkongsian seorang ayah dan juga selebriti terkenal ini menerusi akaun Instagram beliau..

Innalillahiwainnailaihirajiun. (Muhasabah utk diri sendiri).

Adakah kita sudah bersedia?

Semalam aku ambil kesempatan untuk melihat semua proses pengurusan jenazah (kecuali mandi). Pada ketika itu, aku bayangkan itu aku. Apa yg aku ada ketika itu? Siapa yg aku ada ketika itu? Siapa dan berapa ramaikah yg kisah untuk membantu uruskan jenazah aku ketika itu.

Aku terbayang anak2 lelaki aku sebagai hadiah Allah untuk aku besarkan dengan penuh tanggungjawab.

Aku mahukan mereka yg memandikan aku, mengkafankan aku, menjadi imam ketika untuk solat terakhir kepadaku, membawa aku turun dengan penuh kasih sayang ke liang lahad sambil tak putus2 doa untuk ku.

Tapi paling sedih…(realitinya) dari apa yg aku dapat lihat secara kebiasannya, tidak lama orang akan ingat kepada kita setelah kita ditanam.

3 hari? (Sebab tahlil), seminggu? Sebulan mungkin masih bersedih?

Sebab selepas itu, masing-masing sudah pun menyambung kembali urusan duniawi yang merupakan pentas permainan sementara untuk kita.

Kita yang didalam? Tak payah tunggu 5 min, 3 hari, seminggu. Hanya 7 langkah orang terakhir yang meninggalkan kubur kita, akan mulalah sesi soal jawab kita bersama Munkar & Nakir.

Marilah kita sama2 persiapkan diri kita. Saya paling suka dengar bacaan Talkin. Apa kata jom kita baca dan faham sambil  kita bersiap dengan soalan kubur yg PASTINYA akan ditanya.

AL-FATIHAH.

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah.

Begitulah perkongsian beliau untuk dijadikan pedoman buat kita semua yang masih hidup.

Perkongsian ini juga telah mendapat perhatian daripada netizen yang turut meluahkan rasa sayu dan sedih selepas membaca apa yang Aidid cuba sampaikan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...