Apa sahaja yang dilakukan oleh jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri pasti akan mendapat perhatian ramai. Aliff memang seorang yang suka berkongsi pelbagai perkara tentang kehidupan serta aktiviti sehariannya di media sosial.
Beberapa hari lalu, beliau ada memuat naik foto sepasang selipar jenama mewah Louis Vuitton yang digunakan beliau untuk pergi ke pasar malam. Foto tersebut dikecam oleh netizen yang mendakwa Aliff masih lagi ingin terlalu riak dan menunjuk segala kemewahan yang beliau ada.
Mungkin sudah tidak dapat menahan rasa sakit hati kerana sering dikritik, Aliff meluahkan rasa kecewanya di Instagram terhadap netizen serta individu yang membuat parodi selipar tersebut yang seakan mempersendakan dirinya.
Bersabarlah, kita tidak boleh puaskan hati semua orang dan berpura-pura semata-mata kerana ingin mengikut kehendak mereka. Apa yang penting bahagiakan diri sendiri sahaja. Kalau tidak mahu sakit hati, mungkin Aliff hanya kongsikan perkara yang sesuai di media sosial.