Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Pakai Inner Warna Kulit, Takkanlah Nak Tayang Dada – Bella Dally

Pelakon jelita, Bella Dally antara selebriti berhijab yang cukup pandai sekali mengenakan fesyen terkini yang minimalis tetapi tetap nampak anggun dan bergaya. Sejak bercerai, apa yang beliau lakukan sering mendapat perhatian ramai.

Advertisement

Baru-baru ini, Bella ada memuat naik foto beliau berada di sebuah restoran sambil menikmati makan malam. Namun, rata-rata netizen mempersoalkan pakaian yang digayakan oleh Bella sehingga mendedahkan bahagian dadanya.

Tidak mahu ambil pusing dengan sebarang komen dan kritikan, Bella bagaimanapun ingin menjelaskan beliau tidak akan sesekali mendedahkan auratnya dan memberitahu sebenarnya beliau memakai ‘inner’ warna kulit.

Takkan saya tidak ambil berat dengan apa yang saya pakai. Saya memang memakai baju dalam warna kulit untuk memadankannya dengan gaun kimono yang saya pakai di bahagian luar. Apabila melihat komen yang terlalu cepat jatuh hukum, memang sangat melucukan bagi saya. Tapi biarlah mereka berkata apa bukannya saya boleh halang pun hal itu.

Saya ok saja dengan semua komen yang diberikan. Tapi saya harus berkata sesuatu juga demi mengelakkan orang bersalah sangka.

Advertisement

Terdahulu, apabila foto itu tersebar, ramai juga menasihati Bella untuk memakai tudung yang lebih labuh supaya tidak mengundang sebarang fitnah. Harapnya selepas ini beliau akan lebih berhat-hati dalam berpakaian.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

37 Comments

  1. Anonymous

    October 4, 2018 at 7:17 pm

    pakai tudung labuh tutup aurat.. ni tudung untuk fesyen je byk skang ni, bukan ke kena labuh dan tutup dada???

  2. rose

    October 4, 2018 at 2:11 pm

    yeke, kalo cmtu nk suruh pki tudung labuh sket ttup mana yg patut. Blh tak? ke ada alasan lain lg nk bg? :)

  3. Anonymous

    October 4, 2018 at 2:01 pm

    aku tgk selama ni okey jer bella pakai… sopan jer ramai suka stail dia… yg dia pakai kan baju kimono tau lah dia cover… aku tgk ramai jer artis lagi teruk pakai baju mesti stail terjojol pastu tudung benggali eeeiii buekkkkk…

    • wekkkkkkk

      October 5, 2018 at 8:59 am

      dh x ada fesen lain lagi kah, terbuka kt dada tu, walaupun ada inner kt dlm, mmg minta di kecam kan.

  4. mak cute

    October 4, 2018 at 12:22 pm

    len kali x nak kena kecam pakai la hitam…ni x..saja nak kena kecam pakai kaler skin…pastu tudung selagi boleh belit leher smpi tercekik…senteng smpi bg nampak dada..

  5. siti kassim

    October 4, 2018 at 11:49 am

    bella dally ni is one of a kind artis yg bile die berubah dulu, die memang “serius” berubah. bukan sebab fashion ke ape.

Loading...
To Top