Baru-baru ini, kecoh sebentar apabila pelakon Jasmine Suraya Chin telah tampil dengan gaya seksi di majlis MostGlam 2019. Pakaian sut ‘lace’ serba putih itu nyata menyerlahkan lagi kecantikannya.
Namun yang menjadi perhatian netizen ialah baju itu yang terbelah di bahagian depan sehingga menampakkan lurah dada wanita berketurunan Tionghua itu. Ramai antara mereka yang mengkritik pemakaiannya itu yang dianggap sebagai tidak sopan.
Setelah menerima cercaan ‘mak cik bawang’, Jasmine telah tampil dan memberi kenyataan bagi meredakan isu itu.
Orang salah faham… Saya pakai coli ketika menggayakan baju itu, cuma ia bukan jenis biasa.
Katanya lagi, dia tidak menyangka bahawa busana itu akan menjadi buah mulut orang ramai dan lambat memberi respons mengenai hal tersebut kerana takut disalah tafsir.
Pelakon itu juga menambah bahawa dia memahami mengenai sensitiviti masyarakat Malaysia mengenai penampilan sedemikian dan belajar untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Bagi saya bab (seksi) seperti ini sangat sensitif dan saya pun mahu menjaga perasaan masyarakat. Memang ramai yang tinggalkan komen, tetapi apa pun tanggapan sesetengah pihak, saya tak boleh halang. Terpulang kepada persepsi masing-masing.
Walaupun menerima cercaan segelintir netizen tetapi ramai juga yang ‘back-up’ wanita berusia 30 tahun ini kerana dia bukanlah orang Islam pun.