Saya Padam Gambar Dengan Sharnaaz Bukan Kerana Cemburu – Anis Al Idrus

Hiburan

Saya Padam Gambar Dengan Sharnaaz Bukan Kerana Cemburu – Anis Al Idrus

Cemburu dalam percintaan adalah satu perkara biasa. Kalau tak cemburu, bermakna mungkin kasih sayang kita tak cukup ‘deep’. Namun cemburu juga harus ada batasnya. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan desas-desus tamatnya hubungan cinta Sharnaaz Ahmad dan Anis Al Idrus. Ia dikatakan berpunca daripada status Sharnaaz Ahmad yang mengucapkan tahniah kepada bekas kekasihnya, Shila Amzah.

sharnaaz

Advertisement

Sehingga ke hari ini Sharnaaz dan Anis tidak memberikan maklumbalas muktamad tentang percintaan mereka. Putus atau tidak, hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Namun yang pasti desas-desus ini semakin kuat apabila Anis memadam gambar dirinya dengan Sharnaaz di Instagram. Mungkinkah Anis cemburu dengan perbuatan Sharnaaz? Menurut Anis, tiada sekelumit pun perasaan cemburu dengan apa yang telah dilakukan oleh Sharnaaz. Kata Anis:-

Saya padam gambar-gambar tersebut bukan kerana cemburu Sharnaaz dengan bekas kekasih dia, bagi saya perkara itu sudah lama berlalu dan ia adalah masa lalu dia.

Lagi pula Sharnaaz sendiri ada beri penjelasan pada saya kenapa dia berbuat demikian dan ia hanya atas dasar profesionalisme sahaja.

Cuma ada perkara lain yang saya rasa tidak perlu berkongsi dengan peminat dan ianya terlalu peribadi antara saya dan Sharnaaz.

Saya tidak mahu komen tentang hubungan kami dan lebih baik biar Sharnaaz sahaja yang jelaskan kerana dia lelaki

sharnaaz

Daripada kata-kata Anis Al Idrus, Abang Nara dapat merasakan yang hubungan mereka berdua telah tamat. Selalu kalau perempuan bagi ayat-ayat seperti di atas, itulah maksudnya. Sedih juga dengan nasib yang seringkali menimpa Sharnaaz ini. Selalu cinta tak kesampaian. Mungkin belum bertemu wanita yang benar-benar memahami dirinya. Satu hari nanti pasti akan dijumpai jua. Diharap Sharnaaz bersabar. Buat masa ini, tumpukanlah pada lakonan dan perniagaan anda. Sumber Mstar Online.

P.S:  Mazda 5 akan dihentikan pengeluaran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...