Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Saya Orang Korea, Kami Makan Daging Khinzir..” Instafamous Maryam Younarae Tampil Jawab Komen Nakal Netizen

Personaliti media sosial terkenal Malaysia-Korea, Ryzal dan Mariam mula terkenal dalam kalangan pengguna Instagram kerana keletah mereka berdua yang tampil bersahaja dengan gurau senda antara suami isteri.

Durian KimchiSumber : Instagram Durian Kimchi  

Sering mendapat perhatian netizen, Maryam Younarae dan Ryzal baru-baru ini tampil dalam sebuah program hiburan diberi nama Lancaang Bethol terbitan Astro.

Advertisement

Meskipun ramai yang terhibur dengan gelagat mereka, pastinya ada juga yang kurang selesa apabila melihatkan dua budaya bertembung dan berbeza daripada norma masyarakat tempat.

View this post on Instagram

A post shared by Duriankimchi (@duriankimchi)

Tampil menjawab komen-komen nakal netizen menerusi program tersebut, Maryam mengakui dia kini masih belajar untuk menjadi muslimah yang baik dan sempurna misalnya proses berhijab,

Tambahnya lagi, dari segi pemakanan, dia juga sedang belajar untuk mengubah dan mengadaptasi perkara baru seperti haram memakan daging khinzir.

View this post on Instagram

A post shared by Duriankimchi (@duriankimchi)

Advertisement

“Misalnya, sebagai orang korea, kami sentiasa makan daging khinzir. Semua makanan Korea ada daging khinzir tapi saya perlu berhenti dan tak boleh makan daging khinzir lagi. Ibaratnya setiap hari kamu makan ayam, tiba-tiba kamu sudah tak boleh makan ayam lagi. Macam mana? Sangat susah. Biarkan saya belajar satu persatu, Manusia tidak sempurna.”

Manakala bagi Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim pula, dia sama sekali tidak memaksa isterinya itu untuk berubah sekaligus usai mengahwininya.

 
“Saya tak kisah dia nak pakai atau tidak saya tak suka memaksa. Itu bukan saya dan dia takkan kahwin dengan saya. Sebab bila mualaf bila nak tekankan dia, kita tak boleh paksa.” Ujar Ryzal.

Terdahulu, Ryzal dan Maryam telah mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun 2019 yang lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. FFF

    March 15, 2021 at 10:12 am

    Perlu PAKSA dalam msa yg sama BIMBING dia. Bg ayat2 support, blikn tdung. Bnyk kn ajk dia join Majlis ilmu. Jgna asyik bt video yg tah apa2. Kurang2 kan la. Bkn tak blh berhibur, tp perlu bertempat. Lg 1 Klu nk tggu rela, tgh berseronok pn blh jd pengakhiran kita kat dunia ni. Perlu ada ketegasan. Kau suami, aurat wanita especially isteri kau kne ambil berat. Jgn mudah2 kn bnda yg terang2 haram. Berat tgwb suami bila PSGN mualaf sbb bnyk bnda nk di ajar..rajin2 rujuk ustaz sbb diri kita sbg Muslim pn blm ckup SMPURNA

    • Anonymous

      March 16, 2021 at 11:07 am

      Nak jadi ustazah tak yah mai sini ..duhhhhh….

  2. siti

    March 15, 2021 at 10:04 am

    orang yang islam sejak lahir pon da tua bangka taknak,tak reti, tak peduli nak pakai tudung, yet she just born as muslim u guys da kalut tanya pasal tudung.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama