Pelawak dan usahawan, Shuib mengakui dia kini menanggung hutang berjumlah jutaan ringgit melibatkan perniagaan yang diusahakannya pada ketika ini.
Ujar Shuib, hutang-hutang yang ditanggung pada ketika ini melibatkan perniagaan dan juga badan-badan kerajaan.
Hutang saya lebih kepada hutang berniaga, hutang dengan badan-badan kerajaan contohnya dengan Kastam, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), cukai dan benda yang membabitkan perniagaan.
Itulah risiko bila kita berniaga. Kalau berniaga kecil-kecil, kita tak pening sangat tetapi apabila melibatkan bisnes yang besar, memang ada cabarannya.
Tambahnya, semakin besar perniagaan semakin besar risiko yang perlu dihadapi dan Shuib menganggap ia adalah perkara biasa dalam berbisnes.
Menganggap tahap perniagaannya kini berada dalam keadaan baik, namun Shuib berazam untuk menguruskan ia dengan lebih baik pada masa akan datang.
Kalau kita tersalah urus dan rancang, memang ada risikonya tapi saya okey sahaja.Kalau ahli perniagaan nampak benda ini, dia akan rasa itu normal. Baru hebat perniagaan kau juta-juta.
Saya pegang satu sahaja, dalam apa pun yang dilakukan, selagi kita tak berhenti, maksudnya kita belum gagal.Saya sebenarnya tidaklah pandai dan hanya budak kampung tapi bila Allah SWT beri rezeki begini, saya anggap satu anugerah. Pandai atau tidak, kena buat sampai tahu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.