Isteri pertama Abang Tesla mendedahkan dia pernah bertentang mata dan berjumpa dengan madunya sebelum perkahwinan itu berlaku.
Menerusi podcast bersama Caprice baru-baru ini, Nurmajdina menceritakan tentang perasaannya ketika mendapat tahu bahawa suaminya mahu mengamalkan poligami.
Akui Nurmajdina dia tidak berasa apa-apa sewaktu suaminya sedang mengenali dengan wanita terbabit kerana pada masa yang sama dia dilayan sama seperti biasa.
Saya tak rasa apa-apa sebab layanan dia masih sama dekat saya. Bila dia beritahu, baru saya tahu mengenai perkara tersebut. Selepas poligami, suami layan saya extra lagi.
Tambahnya, ketika mendapat tahu mempunyai madu timbul perasaan bercampur baur, ada kalanya gembira namun ada juga rasa sedih di hati.
Katanya, apabila berasa sedih dia akan mendekatkan diri dengan Allah dan pada ketika itu Nurmajdina hanya simpan seorang diri tanpa menceritakan kepada sesiapa.
Kadang-kadang sedih tetapi saya terima. Saya cari Allah. Tiga minggu itu saya selalu menangis dan cakap dengan Allah. Saya solat istikharah dan minta apa yang terbaik.
Nurmajdina turut akui tidak kisah dengan apa yang dikatakan oleh orang sekeliling dan yakin dia kuat hasil didikan ibu bapanya.
Bahkah, dia juga tidak pernah alami anxiety atau kemurungan dan keluarga juga mengingatkan Nurmajdina untuk bercakap yang baik baik sahaja.
Mungkin keluarga saya terkesan tapi mereka tak tunjuk, sama seperti saya. Saya pernah jumpa madu dekat mahkamah tapi tak pernah kopi-kopi. Saya tak ada masalah dan boleh duduk makan bersama-sama dengan madu.
@deejalola Replying to @diyana4636 Part 6 : Aku respect gila dengan isteri pertama dia ni. Kita doakan yang baik-baik. Stop kecam-kecam. #abangtesla #isteripertamaabangtesla #caprice ? original sound – ?????_????~2.0?