Penyanyi Ayu Damit yang juga seorang usahawan berkata, sepanjanh 13 tahun dirinya melibatkan diri dalam dunia seni, dituduh memakai susuk adalah dakwaan yang paling tidak masuk akal yang pernah diterimanya.
Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit,32, menjelaskan dia difitnah sedemikian rupa oleh individu yang tidak dikenali. Berikutan itu, ramai kenalan dan ahli keluarga turut menyarankan agar Ayu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit namun dia menegaskan enggan memanjangkan hal tersebut.
Dia yang ditemui media juga berkata bahawa mana mungkin seorang peniaga sate sepertinya boleh memakai susuk kerana itu adalah pantang larang terbesar yang perlu diikuti jika dia mengenakan pemanis wajah yang syirik itu.
View this post on Instagram
“Saya buka kedai makan, ada jual sate lagi, takkanlah saya pakai susuk! Memang saya gelak je bila baca cerita tu. Ada ramai pihak sarankan saya untuk ambil tindakan saman terhadap individu tidak bertanggungjawab yang sebar cerita kata saya pakai susuk. Tapi saya tak nak ambil tindakan undang-undang sebab cerita itu tidak betul. Lantaklah dia nak cakap apa pun!”
Ayu sebelum ini pernah memberitahu media bahawa dia meperuntukkan belanja lebih RM10,000 sebulan bagi penjagaan diri dan wajah.
View this post on Instagram
Namun begitu, dia hanya ingin kekal sihat serta berseri tubuh badan berikutan dirinya banyak terdedah kepada cahaya matahari ketika berada di ladang dan bukanlah bertujuan untuk mengubah bentuk tubuh ataupun warna kulit.
Sekadar info, Ayu yang kini kembali aktif dalam dunia nyanyian turut mengusahakan tanaman seperti cili dan sayur-sayuran di ladang yang terletak di Hulu Langat, Selangor. Dia juga turut membuka kedai makan iaitu Restoran Ayu Damit X Tok Mak Citarasa Antarabangsa di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang.