Boleh dikatakan berita perceraian selebriti, Farisha Irwayu dengan suami, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar sememangnya membuat orang ramai terkejut kerana selama ini merasakan perkahwinan mereka bahagia saja.
Tak dilayan sebagai seorang suami
Sewaktu ditemubual oleh bersama pihak mStar, bekas suami Farisha mendakwa perkahwinan yang kelihatan bahagia tanpa sebarang masalah sebenarnya penuh dengan ‘duri’.
Saya tidur di hall (ruang tamu). Saya tidak dilayan dengan baik sebagai seorang suami.
Dalam pada itu, Tuan Asmawi berkata mereka sudah lama berpisah bilik iaitu kira-kira enam tahun lalu kerana isterinya itu berasa geli untuk tidur bersama.
View this post on Instagram
Bukan saja itu, pengasas program Imam Muda terbitan Astro Oasis ini juga mendedahkan soal makanan, minuman serta pakaian diuruskan oleh dirinya sendiri tanpa bantuan Farisha Irwayu.
Tak ceraikan sebab rasa kesian, bukan sayang..
Tapi saya bersabar dan tak mahu ceraikan dia sebab kasihan, bukan sebab sayang. Akhirnya dia sendiri yang minta cerai ‘fast track’. Semua berkaitan cerai, dia yang uruskan. Saya ni ustaz, takkan senang-senang nak ceraikan isteri.
Kata Asmawi, dia elak untuk mendedahkan kisah rumah tangganya kerana mahu menjaga aib satu sama lain, namun terkejut apabila bekas isteri melanggar janji.
Perjanjian tersebut ‘musnah’ selepas Farisha memuat naik hantaran di media sosial dengan menuduh isteri baru Tuan Asmawi yang dinikahi lebih setahun lalu sebagai penyondol.