“Saya Ni Digunakan Untuk Konten Setiap Minggu Bagi Nama Naik Ke Apa? Ya Allah, Tak Larat” – Dr Fie Tawfek

Trending

“Saya Ni Digunakan Untuk Konten Setiap Minggu Bagi Nama Naik Ke Apa? Ya Allah, Tak Larat” – Dr Fie Tawfek

Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, meluahkan gambaran bahawa dirinya kini berada dalam keadaan keletihan mental serta berdepan tekanan yang berpanjangan selepas melalui pelbagai konflik susulan perceraian mereka.

Menerusi satu hantaran di Threads, Dr. Afifah atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie menyatakan seolah-olah dirinya tidak pernah diberi ruang untuk berehat atau bernafas, apabila berdepan pelbagai isu yang datang silih berganti sejak berpisah dengan bekas suaminya itu.

Advertisement

CCTV Ditutup & Barang Peribadi Dicampak Buang Dari Rumah, Dr Fie Kesal Sikap Nubhan – “Tangan Menggigil, Tak Ada Hati Perut!”

“Bagilah saya bernafas sekejap. Setiap minggu saya macam tercungap-cungap.”

“Lepas cerai, hal bibik, hal hadanah, hal hospital, hal cium anak dan hal halau rumah. Bagilah saya bernafas kejap,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Dr. Fie turut mempersoalkan sama ada dirinya sedang dijadikan sebagai bahan kandungan semata-mata demi meraih perhatian dan kepentingan pihak tertentu.

Dr Fie Tawfek

“Saya ini digunakan sebagai konten ke apa? Memang sengaja buat macam ini untuk naikkan nama setiap minggu ke? Ya Allah, tak larat,” ujarnya.

Sebelum ini, Dr. Fie turut meluahkan rasa kecewa terhadap Nubhan yang didakwa telah mengeluarkan barangan peribadinya dari rumah tanpa sebarang makluman terlebih dahulu. Menurutnya, tindakan tersebut bukan kali pertama berlaku sepanjang tempoh selepas perceraian mereka.

Pada 2 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan bahawa Nubhan telah sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah. Hakim Umamuddin Yunus memutuskan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak serta undang-undang keluarga Islam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-12-29 20:45:22

CCTV Ditutup & Barang Peribadi Dicampak Buang Dari Rumah, Dr Fie Kesal Sikap Nubhan - "Tangan Menggigil, Tak Ada Hati Perut!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...