Luahan pelakon Fathia Latiff di akaun Threads mencuri perhatian apabila dia akui kini sedang berada di titik terendah dalam hidup dan sedih kerana penampilannya sering dikutuk.
Aktres berusia 37 tahun itu juga akui menyesal melakukan perubahan pada wajahnya dan menyebabkan dia kini berasa tidak yakin untuk berdandan ketika berjumpa orang ramai di luar.
Saya dapat melihat perubahan pada wajah saya dan sejujurnya, saya rasa saya nampak teruk sekarang. Saya sudah tidak berpakaian kemas dan menarik. Kadangkala, saya rasa orang tidak mengenali saya apabil berada di luar. Sukar rasanya apabila tidak lagi berasa seperti diri sendiri.
Lepas suntik filler, rasa makin sedih
Dalam pada itu, Fathia juga turut mengakui melakukan prosedur kosmetik seperti penyuntikan bahan pengisi atau filler di wajahnya sebelum ini.
Saya terluka dari dalam. Orang sekeliling terus-menerus menghakimi dan memperlekehkan saya kerana penampilan saya.
Saya hanya buat rawatan kecil sekadar filler tetapi daripada berasa lebih baik, saya kini rasa semakin sedih.
Luahan Fathia meraih perhatian dan aktres tersebut menerima pelbagai kata-kata semangat dan nasihat daripada netizen di platform media sosial tersebut.
Ada yang mencadangkan agar Fathia mengamalkan pemakanan sihat dan menjaga kesihatan tubuh badannya bermula dari sekarang.
Sesetengah netizen pula menasihati Fathia untuk tidak mengendahkan kata-kata negatif daripada netizen dan turut memuji kecantikan semula jadi aktres tersebut.