“Saya Nampak Separuh Badan Wanita Tertimbus” – Saksi Cerita Detik Ketika Kejadian Tanah Runtuh Di ‘Campsite’

Kehidupan

“Saya Nampak Separuh Badan Wanita Tertimbus” – Saksi Cerita Detik Ketika Kejadian Tanah Runtuh Di ‘Campsite’

Seperti yang ramai tahu, sebuah kejadian tanah runtuh telah dilaporkan berlaku di sebuah tapak perkhemahan, Father Organic Farm di Jalan Genting kira-kira pada pukul 2.24 pagi tadi. Lapor, Harian Metro.

Seorang saksi yang terselamat dalam runtuhan itu memaklumkan runtuhan tanah berlaku di tapak perkhemahan bahagian zon A dengan hampir keseluruhan kawasan itu musnah.

Advertisement

Manakala, dia bersama 18 ahli keluarga dan rakan berkhemah di zon B tidak terjejas teruk dan semua kumpulannya selamat.

Saksi yang dikenali sebagai Chong berkata dia terdengar jeritan meminta tolong sebelum ternampak separuh badan seorang wanita yang hanya nampak tangan dan kaki tertimbus dalam runtuhan tanah.

Tanpa berlengah saya dan rakan terus gali tanah dengan tangan kami untuk bantu wanita itu dan anaknya.

Menurut Chong, dia tidak mengenali mangsa bekenaan namun bersyukur dua beranak itu dapat diselamatkan.

Saya tak pasti berapa ramai mangsa terlibat tapi percaya masih ada lagi yang tertimbus.

Seorang lagi saksi kejadian dikenali sebagai Teh Lynn Xuan berkata dia terdengar bunyi kuat seperti batu berguling sebelum runtuhan berlaku.

Saya hanya tidur-tidur ayam saja tapi dengar bunyi dentuman kuat. Ia berlaku sangat cepat.

Menurut Teh, dia juga berkhemah di bahagian zon B dan datang ke tapak itu untuk bercuti bersama 20 lagi keluarganya dari Melaka.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

Tanah runtuh batang kali
1 year ago

(TERKINI) Tanah Runtuh Di Batang Kali, Dua Maut Dan Lebih 50 Mangsa Masih Belum Ditemui

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...