Melalui Instagram Story pelakon, Anna Jobling, pembantu peribadinya (PA) menyifatkan aktres tersebut sebagai seorang wanita yang kuat kerana sudah lalui pelbagai dugaan dalam hidup.
Banyak ujian dilalui disebabkan seorang individu
Pada ucapan hari lahir yang dimuat naik semula di Instagram Story Anna, PA pelakon tersebut seakan-akan memberi bayangan bahawa Anna sudah mengharungi pelbagai ujian disebabkan oleh seorang individu.
View this post on Instagram
Saya ada ketika jatuh bangun awak. Saya nampak awak melalui kesakitan yang disebabkan oleh seseorang tapi awak tetap kuat dan terus maju ke hadapan.
Dalam pada masa yang sama, PA tersebut kagum dengan sifat Anna yang tidak pernah mengalah dan terus kedepan tanpa putus asa.
Titip doa supaya Anna kekal kuat, rezeki melimpah ruah
Saya juga menghargai waktu awak membela saya ketika orang cuba memalukan saya.
Tambahannya lagi, dia turut menitip doa buat aktres terbabit agar dikurniakan kesihatan serta rezeki yang melimpah ruah dalam setiap langkahnya.
Sekadar info, kemelut hubungan Anna dan ibunya, Ariz mula menjadi perhatian selepas Ariz memuat naik hantaran mendakwa dirinya dihina oleh anak sendiri serta dilayan seperti anjing kurap selepas Anna sudah popular dalam industri seni.