Baru-baru ini, melalui platform TikTok, satu video yang dimuat naik oleh Kool 101 telah menarik perhatian ramai selepas seorang individu berkongsikan kisah ketika di zaman sekolah.
Rasa tak membuli, sekadar mengusik
Melalui perkongsian wanita itu, sewaktu di zaman sekolah menengah dia sering menganggu seorang pelajar istimewa tetapi tidak menganggap ia satu pembulian, cuma sekadar mengacau sahaja.
Saya tahu yang dia sangat takutkan cicak, saya punya rasa nak usik dia ni saya letaklah cicak dekat kerusi dia. Masa dia nak duduk dia rasa geli and dia nampak cicak tu dia jerit sampai menangis.
@kool101my Jangan buat main-main bila nak mengusik orang ni 😓 Kadang kita rasa benda tu kelakar tapi bagi yang kena, itu jadi satu pengalaman yang menyakitkan. Kita sendiri boleh tahu sebenarnya apa yang kita buat tu sekadar gurauan, atau dah melampaui batas. Jangan sampai ‘usik’ tu bertukar jadi ‘buli’. ☝🏻 #Kool101 #SemasaDanSosial #MuzikYangFamiliar #PakNildiKool101 #PagiOnPoint ♬ original sound – Kool 101
Tak rasa bersalah, tak minta maaf
Wanita itu akui berasa terkejut dan persoalkan kenapa perlu menangis kerana merasakan tindakan yang dilakukan sekadar mengusik, malah bukan hal yang besar pun.
Saya tak rasalah saya pembuli sebenarnya. Sebab saya rasa nak usik, ala aku buat sikit je. Lepas tu saya pun tak minta maaflah sebab saya rasa macam for fun kan.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa berang terhadap individu tersebut yang sama sekali tidak rasa bersalah dengan kelakuannya.