“Saya Nak Tanya, Adakah Ia Dibenarkan?” – Ibu Pelajar ‘Naik Angin’ Lihat Guru Bercuti Di Luar Negara Ketika Sesi Persekolahan

Kehidupan

“Saya Nak Tanya, Adakah Ia Dibenarkan?” – Ibu Pelajar ‘Naik Angin’ Lihat Guru Bercuti Di Luar Negara Ketika Sesi Persekolahan

Hantaran seorang waris kepada pelajar sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) yang tampil mengkritik tindakan seorang guru anaknya yang bercuti ke luar negara dalam tempoh sesi persekolahan menjadi tular di Facebook, baru-baru ini.

Kata waris tersebut, dia menemui profil media sosial guru tersebut dan berasa terkejut melihat foto percutiannya di Paris.

Advertisement
Guru bercuti ParisSumber : Facebook 

Dia kemudian mengadu mengenai hal itu dalam sebuah ‘group’ Facebook dan menerima pelbagai reaksi yang pelbagai dalam kalangan netizen.

Saya ada soalan nak tanya. Pada bulan lepas, anak saya pulang memberitahu guru kelasnya tidak datang ke sekolah kerana melancong ke luar negara, tetapi saya memberitahunya ia tidak boleh, tiada guru akan ke luar negara semasa hari persekolahan.

Namun, pada suatu hari, semasa saya melayari telefon saya, saya terkejut melihat wajah yang dikenali! Dan dalam foto itu, dia(guru) berada di luar negara! Saya tidak percaya mata saya.

Saya benar-benar ingin tahu bolehkah sekolah meluluskan guru melancong ke luar negara pada hari bekerja?

Waris pelajar itu turut meluahkan rasa kecewa apabila melihatkan foto tersebut dan berasa terpanggil untuk menegur tindakan guru itu yang turut melakukan kerja sambilan di sebalik tugasnya sebagai pendidik.

Guru dikecam bercuti di ParisSumber : Facebook 

Setelah ia menjadi tular, adik kepada guru tersebut tampil mempertahankan tindakan kakaknya itu.

Sepanjang 10 tahun dia bekerja sebagai guru, ini kali pertama dia memohon cuti tujuh hari untuk melancong ke luar negara. Perlukah kamu begitu tidak bersimpati dengan perjalanan bulan madu adik saya dengan suaminya selepas bertahun-tahun berkahwin?

Adik guru tersebut turut menegur netizen dan waris berkenaan untuk tidak memberi tekanan dan kecaman melampau terhadap kakaknya itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zayn Malik Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak
2 weeks ago

Netizen Malaysia Terhibur Zayn Malik Anggap Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak 'Eliksir' Istimewa

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...