“Saya Nak Tahu Apa Masalah Saya Dengan Dia” Noraniza Idris Ingin Bersemuka Dengan Michael Ang Gara-Gara Komen Pedas Di GV7

Hiburan

“Saya Nak Tahu Apa Masalah Saya Dengan Dia” Noraniza Idris Ingin Bersemuka Dengan Michael Ang Gara-Gara Komen Pedas Di GV7

Mengakui emosi agak terganggu apabila membacakan komen daripada pengarah dan penerbit Michael Ang mengenai persembahannya pada malam separuh akhir Gegar Vaganza pada malam Ahad yang lalu, Noraniza Idris meluahkan rasa kesal dengan sikap personaliti TV itu yang telah memberi kritikan pedas kepadanya.

Menurut Noraniza atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ani,52, dia sebelum ini langsung tidak membaca komen negatif netizen namun cemuhan yang dilontarkan pengarah terkenal itu cukup membuatkan emosinya terganggu.

Advertisement

Malah, Kak Ani turut mendedahkan bahawa komen itu juga telah mengguris hati ahli keluarganya yang lain.

“Saya ada terbaca komen Michael Ang sebab ada peminat prihatin yang kongsikan perkara itu kepada saya. Kalau dia tidak suka saya, sekurangnya hargailah genre yang saya bawakan dalam GV ini. Saya boleh terima kritikan tapi bukan sesuatu yang keterlaluan seperti ini, sehingga boleh mencalarkan maruah saya dan keluarga. Hormatlah diri saya sebagai sesama Islam.”

Dia yang ditemui media berkata lagi, bahawa ingin bertemu secara dua muka dengan Michael selepas tamat program nyanyian itu nanti.

Mengakui hatinya cepat rapuh kerana hanya insan biasa, Kak Ani berkata dia tidak dapat fokus untuk membuat latihan dan persediaan apabila membaca komen terlampau seperti itu.

“Saya bukan jenis yang akan berdiam diri atau menangis apabila dicemuh. Lepas habis final GV7 nanti, memang saya nak jumpa one to one dengan dia. Please call me, saya nak bersemuka dan berkenalan dengan awak. Saya nak tanya apa masalah dia dengan saya. Tak layak ke Noraniza Idris masuk GV7? Teruk sangat ke saya di mata dia?”

Kak Ani turut meluahkan rasa terkilan apabila kerana dia menganggap Michael Ang sebagai satu nama yang besar dalam industri hiburan negara dan menghormatinya sebagai rakan artis.

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Dalam pada itu, Noraniza Idris melahirkan rasa syukur apabila berjaya melangkah ke pentas akhir GV7 yang akan berlangsung  pada Ahad minggu hadapan.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...